Wednesday, February 23, 2011

Merenung masa depan~

Merenung kamera bukan masa depan! haha.


Assalamualaikum...
Tiap hari aku asyik fikirkan masa depan aku macam mana...cerah ke gelap? tamao gelap..nak cerah macam cahaya matahari..hehe..InsyaAllah.Dengan izin Allah aku boleh berjaya. bak kata Adnan sempit ; "Dimana ada kemahuan di situ ada highway!" ye tak? hehe..Tadi kat sekolah time nak pergi rehat, macam biasa la aku and the gang Raudah,Oyan,Ina.. Ina tegur aku, dia kata" kenapa eya senyap harini? bukan eya yang selalu bercakap?" haha. aku kat sekolah boleh tahan la mulut becok sikit. sikit ke? hee. Pastu aku cakap "Memikirkan masa depan". Pastu dorang boleh gelak? aku series okay. Dah tak nak main-main lagi macam dulu time PMR. Seminggu sebelum nak exam tu boleh tipu mak cakap nak pergi rumah suzy, nak 'study' padahal pergi dating, sambut birthday bekas tupperware aku...hahaha. Pastu yang tak boleh blah tu time nak pergi rumah dia, siap bawak kek lagi boleh excident kat depan pasar. Tapi nasib baik la bukan aku yang bawak, Suzy yang bawak. Tapi motor aku habis! tak habis pun..juat kopak2 sikit.hee. Excident sebab Suzy tengok tempat lain. Dia boleh tengok mamat tepi jalan tuh! hampeh! Tak pasal-pasal jek excident! hahaha. Peristiwa yang agak pahit dan yang agak manis. Nak tahu sebab apa manis? Sebab time excident tu dia datang menyelamatkan keadaan. errr. yeke? haha. takde la gurau je. :P

Okay sambung balik cerita aku tadi. haa. Oyan pulak cakap "kalau kau memikirkan masa depan baik kau putus dengan A". whatthefish la? takde kene mengena kott dengan pelajaran? haa? kan3?haha. Saje cakap camtu nak pertahankan je.ngee. Tapi memang betul boleh lalai kalau ada pakwe ni..hak3. Gila ah. aku dah syg dia leee. tamao tamao tamaooo. Tapi aku cuba tak nak fikirkan sangat ok. Masa depan oh masa depan, macam mana la kau nanti ek? kau cerah seperti matahari menyinari ke atau kau gelap gelita macam seluar hitam aku? huhu. Tak habis aku fikirkan benda ni lah..Atoi. Lagi-lagi masa depan aku kat akhirat nanti? apa nasib aku kat sana nanti ek? Ya Allah...takut..wuu T_T. Tapi kalau nak semuanya cerah kena ada perubahan. betul tak Puan-puan dan Tuan-tuan? Dengan ini mulai esok aku akan berubah. harus! haha. ape la aku merapu ni ek malam-malam buta cmni. oh ye. FB aku nak deactivate lah.Susah nak belajo ni kalau ada fb. Maybe kalau aku da bosan aku active kan balik.hahaha. Macam k*ling jea. Deactivate Fb demi SPM tau.haha. cam yeye je kan. Whatever lah. gue mau tito luu.papai.

Terima kasih sudi membaca ^^

Monday, February 14, 2011

Majlis Pengetua SMKL bersara. Hj. Ahmad bin Kamit.

Assalamualaikum..

Hari khamis lepas 10/2/2011, ada menyambut majlis pengetua bersara. Tapi majlis ni untuk pengetua-pengetua sekolah lain dulu..esoknya pulak untuk murid-murid dan cikgu-cikgu menyambut majlis pengetua bersara..hari khamis tu aku jadi waiter untuk serve pengetua-pengetua yang datang kat majlis tu. Memang best lah jadi waiter ni. lagi-lagi dengan kawan-kawan dan pakai baju uniform yang agak smart macam dekat hotel 5 bintang pun ada tau. haha. Semua yang jadi waiter tu perempuan kelab PRS(Pembimbing rakan sebaya) ewah..pembimbing rakan sebaya tu...haha..Hari rabu petang tu kita orang dah practice dulu tau macam mana nak tuang air, nak cedok kan nasi dan byk lagi la..hehe..siap practice tu...


Yang tengah tu menyanyi time pengetua-pengetua tengah melantak..suara boleh tahan sedap.
Tak nak puji dia lebih-lebih nanti habis koyak seluar dia. dia tu dah la tak boleh kene puji. Pastu masa tu dia nervous gila and segan?? oyan reti segan ke? ni ke oyan?.hahaha. Gurau je la yan..Baju Raudha dengan aku boleh tahan besar kan...baju pinjam..baju kemeja sekolah lelaki pulak..Time pengetua-pengetua tengah melantak kitaorang dah terliur sebab tengok dorang makan..ye r. Makan sarapan je.Tengah hari tu nak tunggu Pengetua menceritakan kisah masa dia kecit sampai la dia jadi pengetua kat sini...Sedihnya, dialah pengetua yang paling Best, Sporting and memang the Bomb la.Mintak-mintak lah Pengetua baru ni macam dia...Lepas dorg semua dah balik baru lah boleh makan..aku apa lagi...sebat je la lauk-lauk yang ada..makan sampai lebam.lapo punya pasal..hahaha.

Best sangat~

Esok harinya pulak, Jumaat. Ada Majlis Pengetua bersara lagi. Tapi untuk pelajar dan Guru-guru. Aku malas nak tulis panjang-panjang. aku upload gambar je la k.

Pengetua Nangis tau..cian die~ aku pun nak nangis. huhu

budak kecit ni sebok jep. haha~ gurau je izat :P

Sementara menunggu nak melambai Pengetua.

Macam nak kahwin pulak kan..

Yoyo bekas classmate~



Saturday, February 12, 2011

Lalala~

Assalamualaikum...

Petang semua..wah..dah lama aku tak update blog ek...dah berapa minggu ek aku dah x update..jap nak tengok kalendar..haha..ha dah 4 minggu...means dah sebulan la kan...aku busy la guys~(busy lah sgt, pdhal hari2 on fb).haha.betul..busy dengan hari sekolah..tak menyempat nak update blog..kalau online fb tu takpe lah..online kejap..ni malas nak taip dan malas nak fikir apa nak menaip..jadual harian sekolah aku memang mantap! Pagi sampai ke petang..aduh...bila la semua ni nak berakhir..huhu~ nak tengok tak jadual aku? jap eh jap eh..aku nak upload..hee:P

Jadual Harian gue~!

Wakaka...buruk kan tulisan? haha..biasa la..aku kidal..org kidal tulisan memang burukkan?
haha..hentam je..perasan tak hari isnin pukul 5.40? sempat jugak aku berfacebook kan?
fb memang wajib...tak online memang boleh mati la...haha..kidding~ entah la...aku dah gila fb kot..addicted sgt...ta guna punya mark! mendajal kan org jep! Sabtu dengan ahad tu banyak kosong sebab aku saje kosong kan...takut ada nak pergi jalan-jalan ke, dating ke kan..haha..:P
So far aku tak berapa nak ikut jadual harian ni..sikit-sikit je...sebab ada penyakit malas..
macam mana nak buang penyakit tu? huh..tape2..aku cuba berubah sikit demi sedikit...InsyaAllah.
Aku nak bangga kan mak bapak aku, aku nak berjaya...and aku nak tunjukkan kat org yang selalu pandang rendah, fikir aku tak berguna, fikir yang aku tak boleh berjaya...ada la kawan-kawan aku tu kan..hmm..Oopss!.Siapa yang makan cili dia terasa pedas~
ok lah. malas nak taip panjang-panjang lagi. nak study! miahaha. next post aku post pasal pengetua SMKL bersara pulak~! ngee :P

Im feeling so fly like a G6


Terima kasih kerana sudi membaca ^^

Tuesday, January 18, 2011

Oh kucing!

comelnye dia tidur..^^

Assalamualaikum...

huwaaaa...semalam kan kucing aku mati...sebab apa aku pun tak tau la..tapi semalam mak aku hantar dia pergi ke klinik haiwan..sebab dia demam lepastu mata dia jadi warna hijau pekat cam warna rumput...Dr tu pun bagi enject antibiotik...entah anbiotik untuk kasi kucing mati ke apa...lepas balik je dari klinik, kucing aku nazak and then mati...tak macam pelik ke?
sebab demam je? tahu la Allah boleh tarik nyawa dia bila-bila masa pun...tapi macam tak masuk akal la...ke "Dr." tu kasi ubat mati.....kesian kembang aku...huu~ rindu nya kat dia...dia la yang paling aktif main..dan kuat makan...hari sebelum dia mati tu dia tak makan pun, kurus jek badan...pastu dia lebih manja..aww...rindunya...tak dapat peluk dia wat kali terakhir...hari ahad tu je la last aku peluk dia, belai dia atas katil sampai dia tertidur...huwaaa...bertuah kau kembang..Allah lebih sayang kan kau...mesti kau kat syurga kan sekarang..bila la pulak masa aku ek..huu..*macam la da banyak pahala....nak tau kenapa aku panggil dia kembang sebab ekor dia kontot pastu macam berbunga kembang...hahaha...kucing aku semuanya kontot-kontot macam tuannya la...ada 'org' tu cakap...siot je =='. Haritu ada kes mak aku murder a cat...dia langgar nye ganas- ganas...haha..takde la..gurau je...dia terlanggar la...
Aku suka+sayang+cinta kucen sgt2! haha. :P

Ni semua gambar-gambar kembang tengah posing...dia ni pandai posing tau...hehe...gambar sebelum dia tinggalkan aku ;(





kontot-kontot je semua...~

Friday, January 14, 2011

Malas?

kt klcc suria bersama dgn skandal baru.haha

Assalamualaikum..


Wahh...dah 2 minggu rasenya aku tak update blog...hee..busy la...budak sekolah la katakan...haha..padahal malas nak update :P..sepanjang 2 minggu aku bersekolah ni macam-macam berlaku..first week kat sekolah ada yang bawak katak dalam beg ke sekolah...haha...katak pun nak belajar gak kan...pastu ada yang terkunci dalam tandas sekolah...hahaha...sape le tu..padahal aku..:P
oyan tak abes-abes gelakkan aku n ina...siot tol..=='...nasib baik la time tu aku bawak henset, kalau tak memang tido dalam tandas la nampaknye..huhu..hero-hero lelaki la yang tolong bukak kan...pastu second week pulak, hari ahad akhirnya lulus jugak ujian computer...hahaha...lama gila..tu pun cukup2 makan jek...cuba teka aku dapat bpe?...heee...hari selasa cuti, aku pergi KL ikut abah..sebab dia ada meeting..sesak gila KL..dari pagi sampai ke petang kat KL tu kepala hotak aku dah pening macam haram!asyik berdenyut jek..macam mana la orang KL leh tahan dok situ..nasib baik la bapak aku pindah johor.kalau aku dok KL memang hari-hari boleh pecah kepala..duduk sini lagi best daripada duduk kat bandar besar macam KL tu...sini aman damai je tau kat tempat aku ni..hahak..malamnya pulak dah mula ada tuition malam, di rumah...cikgu tu punya nama pun aku tak tau sampai sekarang...haha...ape punya pelajar la...tapi dia tegas, disiplin...tapi takde la garang kot..harap time dia ajar aku boleh faham dan boleh masuk dalam kepala...insyaAllah..

Masuk second week aku dah mula malas nak buat homework...hoho...banyak sangat la...padahal baru je minggu kedua...gila la Malaysia ni..bikin gua stress je..ugh...rasa cam nak give up je...tapi tak boleh..kalau aku give up macam mana la masa depan aku nanti ek?...tak kemana kot...tidak! aku tak kan give up...orang yang berputus asa dengan mudah itu ada lah untuk Major Loser je...aku nak jadi winner...aku nak berjaya dalam hidup....i want to follow my dreams...harap boleh..yang penting usaha...ye tak? kalau takde usaha, benda takkan jadi....cakap je lebih aku ni..=='..haa..aku nak promote aku punya blogshop jap...haha...BlooBerry Shop.
sebenarnya dah tak buat lagi bisnes ni..sebab aku nak spm la..insyaAllah lepas Spm sambung balik...tapi ni nak habis kan barang-barang yang ready stock...buat semak robok aku je simpan brg2 ni...huhu..korang-korang beli lah...harga semua dah di turun kan...kalau ada yang berminat isi order form kat blog tu k.~ Tq



Friday, December 31, 2010

Happy New Years!!


Happy New Years 2011 everyone !!
Gonna miss 2010..2011 here i come! :D

New Years Resolution. 2011


Assalamualaikum....
dah lama tak tulis blog...lama ke? lama la jugak kot...huhu :P..sekejap je dah nak 2011 kan?
masa berlalu dengan cepat...im gonna miss 2010..2011 here i come..hehe..harap tahun yang akan datang lebih bermakna dan lebih besttt berbanding dengan tahun ni...tahun ni agak boring la jugak bagi aku..takde la boring..cuma takde sejarah yang best..haha...tapi kan...tahun depan aku dah nak SPM...huwaaa..best ke? mesti le tak...kena pecah kepala asyik belajar je...pastu confirm kena kongkong abes dengan mak bapak aku...aduh....macam mana la tahun depan ni...belajar boleh masuk kepala ke aku ni? dah la form4 main-main...honeymoon la kata kan...nak catch up semua ni sempat ke? insyaAllah..aku akan usaha...huhu...cakap jek lebih :P
So tahun 2011 ni aku punya azam baru ialah..jeng3 ;

My NEW YEARS resolution ;
* Nak belajar bersungguh-sungguh.
* Tak nak berfoya-foya lagi.
* Nak jadi pelajar terbaik.hahahaha
* Tak nak bergossip lagi.
* Tak nak Bersosial.
* Kurang bercakap dalam kelas.
* Nak jadi macam Aina.hak3
* Tak nak bergaul dengan budak tak betul. contoh : Serot aka Syahrul Nizam..hehe..gurau je .
* Tak nak jadi pemalas.
* Berdisiplin.
* Tak nak berfacebook lagi. mcm boleh..
* Kurang kan dengar lagu.
* Ikut cakap Cikgu & Mak,Abah.
* Tak nak bawak handphone ke sekolah.
* Kurangkan berbelanja benda yang tak berfaedah.
* Nak jadi budak baik.
* Tak nak bermusuh dengan sapa2.

haha...tu je lah kot...berazam je ni..tapi harap-harap boleh...heee..start sekolah minggu depan aku dah tak nak selalu online facebook la..maybe 2-3 kali seminggu tu boleh la...laptop nak simpan dalam almari...haha..nak update blog pun seminggu sekali kot...kalau aku rajin la...teehee..Semoga 2011 ni akan jadi lebih bermakna dan boleh jadi insan yang lebih baik dari tahun yang lepas...huhu..poyo je..Pertingkatkan iman dan amal ye kawan-kawan..^^
peace~!

What's your New Years resolution?
send in my comments! nak gak tau korang punya azam baru...hee :)

Sunday, December 26, 2010

Aurat.


Assalamualaikum..
post ni aku nak cakap pasal aurat..kebanyakkan aku tengok perempuan yang pakai tudung tetapi pakai lengan pendek...pakai seluar ketat..pakai tudung tapi nampak dada,nampak bentuk badan...aku cakap ni bukan lah nak ckp yang aku ni baik sangat ,tutup aurat sangat...aku pun kadang-kadang pakai lengan pendek, pakai seluar ketat...cuma nak nasihat kan diri aku jugak...macam aku cakap kat cermin..huhu...tapi sekarang kalau boleh aku nak tutup aurat betul-betul...nak pakai baju yang labuh..takde nampak punggung...baju tak ketat..tudung labuh..seluar pun tak ketat..huhu...insyaAllah...kalau korang-korang yang ternampak aku pakai baju ketat,or nampak aurat aku ke...tolong-tolong lah tegur ye...kita manusia ni sentiasa lalai..
ok...aku nak cerita, tadi aku and family pergi muar, beli barang-barang sekolah...sekolah dah nak naik...huhuhu...time balik tadi abah aku cerita la time tengah beli seluar adik aku ada sorang wanita ni, dah ada anak...dia pun tengah beli seluar sekolah untuk anak dia...so dia bongkok la...abah aku pulak ternampak dia punya butcrack...hahaha...abah aku cakap dia tahan jek nak gelak time tu...dia ckp asal la perempuan ni tak pergi-pergi..geli aku tengok...pastu kat dalam kereta dia cakap ; ee dah la sepender beso, tergulung2 pulak tu...nasib baik takde kurap or panau...kah3...aku cerita ni pun bukan nak burukkan perempuan tu ke apa...just nak bagi pengajaran...kalau korang jadi tempat perempuan tu? korang malu tak? kalau aku la kan...perghhh! malu gila sioott..huhu...so pengajarannya jangan la pakai baju yang singkat-singkat, and kalau ye pun time bongkok tu takkan tak terasa ada angin kat blakang tu? hahaha..or tengok-tengok lah dulu ada orang ke tak...haha..tapi takleh jugak ek..mana tau nanti ada cctv ke kan...huhu...pakai lah baju yang labuh-labuh ye...

Lagi satu....tadi kat fb aku ada la tengok-tengok picture kat minah ni punya fb...dalam gambar dia pakai tudung..muka dah cantik tapii..yang sleknya..pakai baju lengan panjang, tapi lengannya jarang..nampak sampai ke bahu, pastu pakai seluar ketat leggings..tudung pakai atas dada...pastu ada yang pakai skirt pendek gila tu tapi pakai leggings yang nipis..padahal pakai tudung..aku terfikir...apa motif dorang ni pakai tudung? nak ikut trend zaman sekarang je ke? atau pun..entah lah...ape motif??...kadang-kadang tu nak je aku cakap baik telanjang jek dari pakai baju yang macam tu...pakai tudung tapi seksi? pe jadah??..baik tak payah pakai tudung camtu...aku nak cakap sekali lagi...aku tau aku ni bukan baik sangat..just nak menasihatkan sesama sendiri...tak salahkan?..huhu..mintak lah di jauhkan..dah macam ustazah pulak..pape la..and memang mejoriti wanita-wanita di luar sana macam tu...banyak aku tengok...kat oh!tidak pun ada post pasal perempuan pakai tudung tapi nampak aurat...gambar banyak la..kalau ye pun nak berfesyen or nak ikut trend...ingat lah aurat jugak, ingat apa orang sekeliling akan cakap...memang la ada yang cakap hot la,seksi, or cantik...tapi bukan ke dapat dosa tu? nak dosa ke nak pahala?..ingat wanita kita ni disuruh menutup aurat oleh Allah sebab seindah perhiasan di dunia adalah wanita solehah...and kalau betul-betul yang indah or cantik...mesti lah kena tutup aurat..ye tak? contoh la macam buku yang korang sayang(kenapa la buku?haha..), mesti korang nak sampulkan? sebab korang taknak buku tu rosak and nak jaga sebab buku tu cantik...and macam beg or apa-apa lah yang korang sayang, mesti korang nak jaga dengan baik dan tak nak biarkan barang tu rosak kan? macam tu lah kita juga wahai wanita..Allah suruh kita tutup aurat sebab kita punya maruah, kita punya mahkota, kita wanita ni terlalu berharga..ianya hanya untuk yang halal bagi kita..yang muhrim saja..dan untuk lelaki yang sah saja...hehe..aduh...dah macam ustazah la...:P..ok lah...aku tak nak membebel lagi panjang-panjang..mesti korang bosan dengar ceramah aku ni...hahaha...so renung-renung kanlah ye wahai wanita...aku nasihat ni untuk diri aku jugak...kalau aku ada salah silap..tolonglah tegur ye...
Assalamualaikum...

Friday, December 24, 2010

Contest


Assalamualaikum...
semalam aku ada join 1 contest ni...nama contestnya My gorgeous / Cute outfit kat www.Kznabihah.com . So nak mintak tolong kat korang vote aku boleh? tak paksa. tak nak pun takpe.huhu~ aku saja-saja je join sebab macam best jek..hihi...hadiah dia pun macam best jek :P
Dan barang-barang dia semua cantik-cantik plus harga pun berpatutan. tapi aku tak pernah pun beli barang dari dia.haha. sebab takde barang yang aku minat lagi kot.heee :P
So untuk vote korang kena la "LIKE" page dia dulu ok..lepastu baru vote by clicking like dekat gambar aku..

First :

CLICK TO LIKE

Then :

CLICK "LIKE" AT MY PICTURE BY VOTING

Macam tu je cara nak vote aku...hehe..korang vote la kalau korang sayang aku...hahak :P
Vote tau..Thank you. Sayang korang...muah3..haha..gedik pulak..

Wednesday, December 22, 2010

Islam Is the way of life.


Assalamualaikum...
Post ni aku nak cerita kan kisah silam aku dari aku duduk uk dulu sampai la aku yang sekarang ni..Time aku kat uk dulu aku suka bergaul dengan budak-budak emo,goth and budak-budak yang rock la...sebab aku dulu pun lebih kurang macam dorang kot..haha..ala time tu budak-budak..bodo-bodo lagi...:P..aku ni bukan la budak yang baik sangat..kira budak nakal la..time aku year 8(form 2) aku dah mula la naik tanduk dengan keluar ekor..haha..dulu aku jenis yang tak suka berpasangan ni...tapi bila dah bergaul dengan dorang ni, dah terjebak dengan gejala sosial dorang ni..kat sana kan bebas, ada yang gay,lesbian and bisexual...aku pun terikut-ikut dengan budaya dorang..aku penah couple dengan sorang minah salleh ni.hahaha..aku terikut-ikut budaya dorang okay..dulu aku bisexuals ; means suka laki dan perempuan..nama dia Georgia, kteorg panggil dia titch..orang nya pun comel je macam aku..kecit je..time nak dekat valentine dia belikan aku teddy bear kecit ada tulis iloveyou siap..haha..aku pulak bagi dia rantai bentuk hati warna hitam berduri..lawa gila rantai tu..rasa sayang nak bagi dia..tapi aku bagi jugak..tapi tak sampai 2 minggu kot kita orang break..sebab aku kuat jeles..hahaha..dia asyik dengan budak laki bwh aku..kwn aku jugak..LOL...and aku mula hisap rokok, toreh tangan bila depressed..macam bodoh je..ala time tu aku xtau lagi apa erti hidup...kat sana memang aku pakai tudung..tapi aku pakai ni bukan sebab Allah, sebab mak abah aku suruh...teruknyaa..
aku kat sana pun solat bukan kerana Allah, tetapi kerana mak abah aku suruh..huhuhu...jahil sungguh diriku ini...:(..kat sana ada banyak jenis2 orang maksud aku macam goth,emo,punk,ska,chavs,indie, dan banyak lagi...tapi yang paling aku tak suka budak chav..macam sial dorang..kebanyakkan budak chav ni racist...tapi tak semua la..ada yang ok..
selama 3 tahun aku duduk uk aku tak pernah fikir apa yang aku buat, tak penah terfikir aku hidup ni sebab apa?..yang aku tahu nak enjoyy je..bulan 12 2008 aku balik Malaysia..aku berumur 14 tahun..memang balik Malaysia ni blur2 gila ah...haha..aku ada kenal dengan member sedara aku ayo, nama dia tak boleh la bagitau...time dekat uk pun aku memang tak guna handfon sangat, tak penah topup la katakan..kah3..sebab nak chat pape dengan kawan dekat msn je..nak jumpa kat town pun set je pukul berapa, kat mana...kalau takde kat tempat tu pada masanya..kena tinggal lah..time kat sini aku pun terpinga2 la tengok dorang ni semua asyik bertasbih pakai henset jek...and sedara aku suruh aku beli no maxis..time tu mmg guna no kat sana la..aku suruh adik sedara aku beli kan...tapi masa tu aku takde IC lagi...dia pun beli sim yang tanpa IC...dah beli je no tu...ade je member-member ayo dok kacau aku...haha...yang aku cakap tu la..Encik L..dia ada penah mintak couple tapi aku reject sebab ayo nanti asyik perli aku sebab dia tak hensem..hahaha...siot kan..lepastu abah aku ada masukkan aku ke Motivasi ESQ dekat KL..aku pun terpaksa pergi...tapi best kat situ..memberi kesedaran..tapi sekejap je tu...dah lama sikit naik la balik tanduk tu..huhu..kat situ la aku mula lah berpakwe...ada budak ni...kecit je orangnya...comel je.. mula-mula aku ingat dia tu form 2..hahaha..baya aku..tapi gupanya baya akak aku..kita orang sama tinggi kot..nama dia Encik.H..hehe..hope dia tak baca ni..malu je..kita orang start kenal kat situ...keluar g makan dengan dia..dia belanja..haha..kononnya gentle le tu...hehe :P

Tapi time tu aku da mula suka dia...dia punya la cakap yang dia ni jenis yang setia..blablabla..hampeh..tapi mulanya memang aku percaya..lurus bendul jugak aku ni...kita orang start couple time tu sebelum christmas..24december..ingat lagi tau..yang paling lama pernah aku couple dia la and my first bf :P..nak dekat setahun...tapi banyak dia sakit kan hati aku, dia buat aku ni macam orang bodoh...tiap malam aku asyik tunggu je dia call ke hantar msj ke..time tu birthday dia aku nak wish la happy birthday, nak call dia...tapi dia tak angkat..dia buat aku ni macam tak wujud..kita orang in long distance relationship..dia pernah curang dgn aku,banyak kali pulak,tapi dia jujur dia bagitau..aku pun terima dia lagi..ewah..haha..then times comes by..kita orang dah 10 bulan couple..dia pun dah mula serius dengan aku..bulan 9..time tu raya...aku pulak tak serius dengan dia dah...aku curang dengan dia...aku kenal dengan budak ni...dia dah habis sekolah..nama dia Mr.A..mula memang aku rasa bersalah gilaaa.yela aku mana pernah curang dalam hubungan...:P...dan si Mr.A pun dah ada gf...mula-mula kita orang scandal je..aku pun dah mula suka kat dia, dah mula syg, dah mula la jatuh cinta..huhu...aku putus dengan Encik.H sebab dia dapat tahu aku curang,kita orang gaduh..then putus..Lepas tu aku dah mula serius dengan Mr.A..aku suruh dia putus dengan dia punya gf...siot kan..huhuhu..disitu lah bermulanya cinta kita orang..walaupun kita orang bersama tak lama...tapi rasa macam dah lama sgt...aku dah kenal dia pun macam dah lama...aku banyak luangkan masa aku dengan dia..aku sanggup dulu time nak dekat exam Pmr, cakap dengan mak nak pergi study kat rumah suzy...tapi pergi beli kek nk pergi rumah dia sambut bday dia...on the way pergi rumah dia tu pulak excident..ahaha..lawak je..haa tu la akibatnya sebab tipu mak...huhu..ampun ye mak...nasib baik aku takde pape..and suzy pun takde pape...cume badan dia sakit sebab terhampap motor tu..then masa berlalu..semuanya indah time bercinta ni...macam aku ada dalam dunia lain..yang ada aku dan dia je...aku lalai...aku lupa tuhan...aku tipu mak abah...aku sampai tak bertegur dengan mak and abah..disebabkan ego yang terlampau..huhu~ konon nya time tu dia je la yang memahami aku, yang sayang aku, semuanya dia lah...janji-janji dia,kata-kata manis dia tu...aku percaya...aku termakan janji-janji dia...cakap tak kan curang,takkan tipu, takkan cari perempuan lain...tapi kata2, janji2 manis tu sume hancur berkecai..selepas 2 bulan lebih..aku dapat tau dia ada perempuan lain..patutlah aku mesej tak balas, call org lain yang angkat...perempuan tu yang angkat...aku ingat sedara dia..tak guna punya laki...time tu aku dah tak tau nak buat apa...macam tak percaya benda ni berlaku...aku ingat aku akan bahagia sampai bila-bila dengan dia...aku terjatuh dalam cinta nafsu...aku tak pernah ingat Allah...tak pernah solat...aku sanggup bermadu dengan perempuan tu...bodoh nya..tapi at the same time aku couple masa tu 4 orang..hahaha..tapi takde perasaan pun kat dorang..entah la..hari-hari aku menangis macam org gila..asyik duduk dalam bilik je..hati ni rasa macam nak pecah..rasa macam nak bunuh diri pun ada..aku terfikir kenapa semua ni terjadi kat aku..dalam hati baru aku teringat kat Allah..dalam hatiku berbisik Ya Allah berikanlah aku petunjuk dan hidayah mu..aku boleh jadi gila tau tak..dia buat aku ni macam sampah...habis madu sepah dibuang..tengok kelopak mata aku mula dah berair..huhuu..aku dah nekad nak lupakan dia...aku nak buang dia jauh-jauh...tapi tak boleh..asyik teringat kan dia..teringat janji-janji dia dulu...teringat waktu bahagia bersama dia..pastu satu hari ni...aku asyik rasa resah dan gelisah je...pastu aku bukak tv terbukak pulak astro oasis...kan ada zikir kat situ...aku tergamam, zikir tu menusuk dalam hati aku...rasa macam tenang tapi rasa macam nak menangis sekuat-kuatnya...tapi aku tahan sebab akak aku ada..dia nampak aku macam gelisah, kehulu-kehilir...macam org tak tentu arah..pastu dia cakap kalau hati tu rasa gelisah...pergilah solat and taubat...mesti tenang...aku pun masuk bilik..menangis sekuat-kuatnya....dalam hati asyik berbisik Ya Allah..ampunkan lah dosa ku...berikanlah aku petunjuk mu...aku termenung sekejap...ape yang aku dah buat selama aku hidup ni?..aku lalai..rasa diri ni sungguh keji...sungguh jijik...aku pun tergerak nak solat...huhu..ambil wuduk..time solat tu mmg rasa tersebak sangat..aku menangis sepuas-puasnya..lepas solat tu..memang rasa tenang sangat...rasa aku Allah dekat dengan aku...aku doa supaya aku diberi petunjuk dan hidayah dariNya...dan supaya Dia ampunkan kan segala dosa-dosaku...aku dah mula solat...tapi belum penuh 5 waktu...huhu..sikit-sikit dulu...akak sedara aku banyak nasihat kan aku..banyak bagi aku semangat..terima kasih kak Kila :)may god bless her.aku pun mula baca al-Quran...indah sungguh bila baca..hati rasa tenang je..aku mula menyelami islam..aku baca buku-buku nasihat, dan article-article di iluvislam.com yang sungguh menyentuh hati...

Alhamdulillah...aku mula berubah sikit-sikit...rasa indah sungguh islam ni...lagi indah dari bercinta dengan manusia ni...aku dah serik,serik nak percaya dengan laki lagi,pintu hati aku pun dah tertutup...from now on...aku tak nak lagi berfoya-foya...aku nak kejar impian aku, nak banggakan mak abah aku walaupun aku dah banyak kecewa kan dorang..aku nak jadi wanita solehah,anak solehah...nak jadi hamba Allah yang mengikut perintahNya...walaupun banyak dugaan yang Dia beri kat aku...aku akan tabah menghadapinya dan bersabar..Dia nak duga aku sebab Dia sayang aku....Dia tutup pintu hatiku untuk menyayangi orang lain sebab dia taknak aku khayal macam dulu...Dia nak aku terus menerus bersujud kepadaNya...Alhamdulillah...rasa hidup ni sungguh bermakna...Dia bersama aku selalu...suka-duka...tapi kadang-kadang aku lalai dengan Dia...aku melambat-lambat kan solat...solat tak khusyuk, dan terkejar2...huu...Ya Allah..kuatkan lah imanku..aku akan cuba untuk meningkatkan iman dan amal aku...kadang terfikir Allah terima ke taubat aku? lepas tu aku terfikir dalam al-Quran ada tulis yang Allah maha pengampun lagi maha penyayang...dan aku percaya janji-janji Nya...Ya Allah rindunya..
macam mane la aku nanti kat akhirat ek? kat kubur? MashaAllah..jauhkanlah aku dari seksaan api nerakaMu dan seksaan kubur...amin..huhu...setiap yang berlaku pada diriku...aku pasti semua yang terjadi ada hikmahnya..aku sentiasa berdoa agar Mr.A berubah..harap-harap dia berubah..Alhamdulillah...hidup aku sekarang lebih bahagia berbanding dulu...bersyukur sangat...Terima kasih Ya Allah :) Semoga amalan aku diterima dan taubat ku diterimaNya..amin.
Kalau korang2 yang selalu rasa resah,gelisah...pergi la ambil wuduk...solat...pasti tenang..:P
Sekarang aku nak serahkan Cintaku pada yang Ilahi...Harap aku dijauhkan dari cinta yang bukan halal bagiku..jauhkanlah aku dari zina hati dan bercouple ya Allah...aku tak nak berpaling dari Mu lagi...aku tau aku ni bukannya baik sangat...aku ni manusia biasa yang banyak buat kesilapan...macam korang jugakkan...takde manusia yang sempurna pun kat dunia ni...kita ni sama disisi Tuhan..
Semoga dosa kita semua diampun dan semoga kita dirahmatiNya..Islam Is The Way Of Life.♥♥♥

Terima kasih kerana membaca luahan hati + kisah hidup saya yang panjang ni ^_^