Thursday, March 31, 2011

Hari Kor Polis Sekolah.

bersama 'adik2' form 4..

Assalamualaikum..
Hari khamis lalu aku pergi dewan polis bukit gambir. sebelah je dengan sekolah bukit gambir.pukul 7.30 gerak ke sana. naik van polis. teruk gila van polis tue. tempat duduk pun senget. da la aku dengan ina yang duduk kat kerusi senget. huhu. jalan ke bukit gambir pun dah macam apa. terseksa sekejap kat dalam van. wuu T_T. sampai-sampai jea dalam pukul 8 lebih kot. then tunggu pulak sekolah-sekolah lain punya budak sampai. agak2 dalam pukul 9 la bermula majlis tu. dah la kene kawad (kawad static jea) , kene berdiri pulak tu, da la tak makan lagi pulak tu, da la kene berjemur kat tengah-tengah panas pulak tu! adoyai! tapi nasib baik aku tak pengsan. gamai jugak la yang pengsan. laki pun ramai. ape ni der? laki pun bleh pengsan ka? yang kawad senjata pun bleh pengsan ka? cakap bleh la aku ni. padahal time diri tu boleh lagi dok gerak-gerak sana sini, berbual, bergurau-gurau dengan dak fazira nie. haha. tapi best. takde la rasa penat time tu, just panas gila . time dah balik tu rasa penat yang teramat!! Budak yang kawad senjata, dorang kawad mantap gila siott. jeles aku yang tak geti kawad nih. huhu. komander dia pulak hensem doee. dah la putih. comel pulak tu. aku dengan fazira cair jek sampai berpeluh-peluh. bukan sebab tengok dia la! sebab kena pancaran matahari yang terpacak kat depan atas bawah kitorang. haha. dah la dok depan lak tuh. punya le lama tunggu sarjan ape ntah membebel. sarjan kot. aku bukannya dengar pun. asyik bercakap je dengan si fazira ni. haha. lepas abis tu je, dia kasi makan. kitorang pun ape lagi, makan sampai lebam le. aha. bagi makan bee hoon jek. syukur la tu, ada jugak makanan kan. dari takde. Then dalam pukul 11 dekat pukul 12 kitorang balik. pastu lepak kejap dengan si 'Adik angkat'. haha. Balik sekolah jea salin baju, solat then terus bumbum. tido la ape lagi. hoho.

muka penat~


dengan fazira yang suka gelak. hee~


with bigshow~


Raudha naik pangkat sarjan. Tahniah!


budak polis~!

Thursday, March 24, 2011

SPM

Sijil Pelajaran Malaysia..
Assalamualaikum..
Semalam keputusan SPM keluar..Cuak siott aku...dup dap dup dap je jantung ni...haha..macam aku pulak yang amek keputusan SPM..akak aku yang amek lha.Semalam kat sekolah time budak-budak lepasan spm dah amek result macam-macam jenis muka ada. ada yang masam, menangis, gembira, sedih,tak puas hati, muka cool padahal dalam hati rasa cam nak nangis..haha..atoyy..macam mana la aku nanti. takut siot. bak kata Syahrul nizam "ak risau mse SPM t ak terkencit". hahaha. lucu la kamu ni nizam.^^ selekeh pun ada. uhh kantoi. ngee. Yang muka tak puas hati tu ada lah budak perempuan yang agak nakal. keputusan SPM dia kena tahan sebab duit yuran tak bayar, buku teks tak pulang. tapi takut jugak aku time kuar result aku punya pulak yang kena tahan. sebab ada 2-3 buku tahun lepas punya tak pulang. harap tak lah.huhu. result akak aku nak tahu? dia dapat 3A. kira ok la tu kan. yang A tu mathematics,bahasa melayu, dan agama islam. Kalau boleh aku nak target 4 atau 5 A. insyaAllah. nak kalah kan akak aku. Sesiapa yang dapat straight A tu Tahniah!

Target SPM :
* Bahasa Melayu - B+ je kot..
*
Bahasa inggeris - A
* Agama islam : - B
* Sejarah - C
* Mathemathics - A/B
* Science - A
* Perdagangan - A
* Ekonomi Asas - A
* Pendidikan Seni - A

Hee. berangan je lebih aku ni. takpe la asalkan ada target. kalau ada target ada usaha, kalau ada usaha insyaAllah ada kejayaan. ye tak?

Antara Langkah-langkah pelajar terbilang :
- Taat perintah Allah
- Doakan ibu bapa
- Hormat & sayang guru
- Kawan yang positif
- Membantu kawan
- Berzikir dan berdoa
- Makan makanan yang seimbang
- Beriadah
- Mahir strategi Peperiksaan
- Teknik belajar yang betul
- Suka pada subjek

Sama-sama la kita amalkan supaya menjadi pelajar yang cemerlang dan terbilang.

Wednesday, March 16, 2011

Tinggalkan Lima Perkara.

  • Tinggalkan pandangan yang liar, nescaya anda akan tekun dan khusyuk.
  • Tinggalkanlah perkataan yang berlebih-lebihan, nescaya anda akan mendapat hikmat dan menjadi orang yang bijaksana.
  • Tinggalkanlah makan yang melampaui batas, nescaya anda akan sihat dan rajin melakukan ibadah.
  • Tingggalkan melihat kekurangan orang lain, nescaya anda akan lebih mengenal kekurangan diri sendiri.
  • Tinggalkan penyelidikan yang terlampau mendalam tentang Zat Allah, nescaya anda terhindar dari keraguan-keraguan dan kemunafikan.
InsyaAllah..

Saturday, March 12, 2011

Service TMnet teruk gila !

Gambar pergi jalan2 sbb internet takde.

Assalamualaikum..
haa dah lama aku tak bukak internet,takberblog,takberfesbuk..Ada banyak sebab-sebabnye.
sebab pertama; Time tu dah nak dekat ujian first bulan so tak boleh la nak berfoya-foya lagi..haha.ekonomi asas dengan perdagangan kalau aku tak lulus memang tak boleh amek la. tu yang kena study sampai pecah kepala.hatoyaii. baru macam ni dah kusut+stress gila vavi. macam mana la kalau spm dah dekat gila.boleh jadi gila aku.haha. baru je lepas exam dah tak study.'kononnya' dah bebas sekijap. ni baru ujian la eya! wake up!! And at the same time banyak je masalah aku..Ya Allah banyaknya dugaanMu...haish sabar jela..:(
Sebab kedua; interner dengan tetibe je menghilang selama dua minggu. bukan sebab bapak aku tak bayar bil tenet la.haha. sebab ada orang gila curi cable. dah dua kali kot dea curi. cam hape je. ko pena panah petir baru tahu! bertaubat la wehh! menyusahkan orang je! TMnet pun satu lembab nak mampus. kitaorang dah la bayar! tahu tak bayar! mak bapak aku dah penat asyik complain kat tmnet..tapi buat tak tau je. sebabnya mak aku yang complain. yela mak aku bukannya berpangkat ke apa. dorang layan orang yang berpangkat tinggi je. cam celaka jea. aku pulak yang bengang. haha. pastu bapak aku complain letak nama DR.Khanapi baru la dorang terhegeh-hegeh nak betul kan...eeeissh geramnyee! Kalau time internet takde tapi dorang buat refund balik duet yang dah bayar tu takpe la jugak . ni tak.hahaha. okay seriously. ni macam tempat aku melepaskan geram la pulak. :P
okdahhabis.
nak lepaskan geram jek.papai.