Friday, December 31, 2010

Happy New Years!!


Happy New Years 2011 everyone !!
Gonna miss 2010..2011 here i come! :D

New Years Resolution. 2011


Assalamualaikum....
dah lama tak tulis blog...lama ke? lama la jugak kot...huhu :P..sekejap je dah nak 2011 kan?
masa berlalu dengan cepat...im gonna miss 2010..2011 here i come..hehe..harap tahun yang akan datang lebih bermakna dan lebih besttt berbanding dengan tahun ni...tahun ni agak boring la jugak bagi aku..takde la boring..cuma takde sejarah yang best..haha...tapi kan...tahun depan aku dah nak SPM...huwaaa..best ke? mesti le tak...kena pecah kepala asyik belajar je...pastu confirm kena kongkong abes dengan mak bapak aku...aduh....macam mana la tahun depan ni...belajar boleh masuk kepala ke aku ni? dah la form4 main-main...honeymoon la kata kan...nak catch up semua ni sempat ke? insyaAllah..aku akan usaha...huhu...cakap jek lebih :P
So tahun 2011 ni aku punya azam baru ialah..jeng3 ;

My NEW YEARS resolution ;
* Nak belajar bersungguh-sungguh.
* Tak nak berfoya-foya lagi.
* Nak jadi pelajar terbaik.hahahaha
* Tak nak bergossip lagi.
* Tak nak Bersosial.
* Kurang bercakap dalam kelas.
* Nak jadi macam Aina.hak3
* Tak nak bergaul dengan budak tak betul. contoh : Serot aka Syahrul Nizam..hehe..gurau je .
* Tak nak jadi pemalas.
* Berdisiplin.
* Tak nak berfacebook lagi. mcm boleh..
* Kurang kan dengar lagu.
* Ikut cakap Cikgu & Mak,Abah.
* Tak nak bawak handphone ke sekolah.
* Kurangkan berbelanja benda yang tak berfaedah.
* Nak jadi budak baik.
* Tak nak bermusuh dengan sapa2.

haha...tu je lah kot...berazam je ni..tapi harap-harap boleh...heee..start sekolah minggu depan aku dah tak nak selalu online facebook la..maybe 2-3 kali seminggu tu boleh la...laptop nak simpan dalam almari...haha..nak update blog pun seminggu sekali kot...kalau aku rajin la...teehee..Semoga 2011 ni akan jadi lebih bermakna dan boleh jadi insan yang lebih baik dari tahun yang lepas...huhu..poyo je..Pertingkatkan iman dan amal ye kawan-kawan..^^
peace~!

What's your New Years resolution?
send in my comments! nak gak tau korang punya azam baru...hee :)

Sunday, December 26, 2010

Aurat.


Assalamualaikum..
post ni aku nak cakap pasal aurat..kebanyakkan aku tengok perempuan yang pakai tudung tetapi pakai lengan pendek...pakai seluar ketat..pakai tudung tapi nampak dada,nampak bentuk badan...aku cakap ni bukan lah nak ckp yang aku ni baik sangat ,tutup aurat sangat...aku pun kadang-kadang pakai lengan pendek, pakai seluar ketat...cuma nak nasihat kan diri aku jugak...macam aku cakap kat cermin..huhu...tapi sekarang kalau boleh aku nak tutup aurat betul-betul...nak pakai baju yang labuh..takde nampak punggung...baju tak ketat..tudung labuh..seluar pun tak ketat..huhu...insyaAllah...kalau korang-korang yang ternampak aku pakai baju ketat,or nampak aurat aku ke...tolong-tolong lah tegur ye...kita manusia ni sentiasa lalai..
ok...aku nak cerita, tadi aku and family pergi muar, beli barang-barang sekolah...sekolah dah nak naik...huhuhu...time balik tadi abah aku cerita la time tengah beli seluar adik aku ada sorang wanita ni, dah ada anak...dia pun tengah beli seluar sekolah untuk anak dia...so dia bongkok la...abah aku pulak ternampak dia punya butcrack...hahaha...abah aku cakap dia tahan jek nak gelak time tu...dia ckp asal la perempuan ni tak pergi-pergi..geli aku tengok...pastu kat dalam kereta dia cakap ; ee dah la sepender beso, tergulung2 pulak tu...nasib baik takde kurap or panau...kah3...aku cerita ni pun bukan nak burukkan perempuan tu ke apa...just nak bagi pengajaran...kalau korang jadi tempat perempuan tu? korang malu tak? kalau aku la kan...perghhh! malu gila sioott..huhu...so pengajarannya jangan la pakai baju yang singkat-singkat, and kalau ye pun time bongkok tu takkan tak terasa ada angin kat blakang tu? hahaha..or tengok-tengok lah dulu ada orang ke tak...haha..tapi takleh jugak ek..mana tau nanti ada cctv ke kan...huhu...pakai lah baju yang labuh-labuh ye...

Lagi satu....tadi kat fb aku ada la tengok-tengok picture kat minah ni punya fb...dalam gambar dia pakai tudung..muka dah cantik tapii..yang sleknya..pakai baju lengan panjang, tapi lengannya jarang..nampak sampai ke bahu, pastu pakai seluar ketat leggings..tudung pakai atas dada...pastu ada yang pakai skirt pendek gila tu tapi pakai leggings yang nipis..padahal pakai tudung..aku terfikir...apa motif dorang ni pakai tudung? nak ikut trend zaman sekarang je ke? atau pun..entah lah...ape motif??...kadang-kadang tu nak je aku cakap baik telanjang jek dari pakai baju yang macam tu...pakai tudung tapi seksi? pe jadah??..baik tak payah pakai tudung camtu...aku nak cakap sekali lagi...aku tau aku ni bukan baik sangat..just nak menasihatkan sesama sendiri...tak salahkan?..huhu..mintak lah di jauhkan..dah macam ustazah pulak..pape la..and memang mejoriti wanita-wanita di luar sana macam tu...banyak aku tengok...kat oh!tidak pun ada post pasal perempuan pakai tudung tapi nampak aurat...gambar banyak la..kalau ye pun nak berfesyen or nak ikut trend...ingat lah aurat jugak, ingat apa orang sekeliling akan cakap...memang la ada yang cakap hot la,seksi, or cantik...tapi bukan ke dapat dosa tu? nak dosa ke nak pahala?..ingat wanita kita ni disuruh menutup aurat oleh Allah sebab seindah perhiasan di dunia adalah wanita solehah...and kalau betul-betul yang indah or cantik...mesti lah kena tutup aurat..ye tak? contoh la macam buku yang korang sayang(kenapa la buku?haha..), mesti korang nak sampulkan? sebab korang taknak buku tu rosak and nak jaga sebab buku tu cantik...and macam beg or apa-apa lah yang korang sayang, mesti korang nak jaga dengan baik dan tak nak biarkan barang tu rosak kan? macam tu lah kita juga wahai wanita..Allah suruh kita tutup aurat sebab kita punya maruah, kita punya mahkota, kita wanita ni terlalu berharga..ianya hanya untuk yang halal bagi kita..yang muhrim saja..dan untuk lelaki yang sah saja...hehe..aduh...dah macam ustazah la...:P..ok lah...aku tak nak membebel lagi panjang-panjang..mesti korang bosan dengar ceramah aku ni...hahaha...so renung-renung kanlah ye wahai wanita...aku nasihat ni untuk diri aku jugak...kalau aku ada salah silap..tolonglah tegur ye...
Assalamualaikum...

Friday, December 24, 2010

Contest


Assalamualaikum...
semalam aku ada join 1 contest ni...nama contestnya My gorgeous / Cute outfit kat www.Kznabihah.com . So nak mintak tolong kat korang vote aku boleh? tak paksa. tak nak pun takpe.huhu~ aku saja-saja je join sebab macam best jek..hihi...hadiah dia pun macam best jek :P
Dan barang-barang dia semua cantik-cantik plus harga pun berpatutan. tapi aku tak pernah pun beli barang dari dia.haha. sebab takde barang yang aku minat lagi kot.heee :P
So untuk vote korang kena la "LIKE" page dia dulu ok..lepastu baru vote by clicking like dekat gambar aku..

First :

CLICK TO LIKE

Then :

CLICK "LIKE" AT MY PICTURE BY VOTING

Macam tu je cara nak vote aku...hehe..korang vote la kalau korang sayang aku...hahak :P
Vote tau..Thank you. Sayang korang...muah3..haha..gedik pulak..

Wednesday, December 22, 2010

Islam Is the way of life.


Assalamualaikum...
Post ni aku nak cerita kan kisah silam aku dari aku duduk uk dulu sampai la aku yang sekarang ni..Time aku kat uk dulu aku suka bergaul dengan budak-budak emo,goth and budak-budak yang rock la...sebab aku dulu pun lebih kurang macam dorang kot..haha..ala time tu budak-budak..bodo-bodo lagi...:P..aku ni bukan la budak yang baik sangat..kira budak nakal la..time aku year 8(form 2) aku dah mula la naik tanduk dengan keluar ekor..haha..dulu aku jenis yang tak suka berpasangan ni...tapi bila dah bergaul dengan dorang ni, dah terjebak dengan gejala sosial dorang ni..kat sana kan bebas, ada yang gay,lesbian and bisexual...aku pun terikut-ikut dengan budaya dorang..aku penah couple dengan sorang minah salleh ni.hahaha..aku terikut-ikut budaya dorang okay..dulu aku bisexuals ; means suka laki dan perempuan..nama dia Georgia, kteorg panggil dia titch..orang nya pun comel je macam aku..kecit je..time nak dekat valentine dia belikan aku teddy bear kecit ada tulis iloveyou siap..haha..aku pulak bagi dia rantai bentuk hati warna hitam berduri..lawa gila rantai tu..rasa sayang nak bagi dia..tapi aku bagi jugak..tapi tak sampai 2 minggu kot kita orang break..sebab aku kuat jeles..hahaha..dia asyik dengan budak laki bwh aku..kwn aku jugak..LOL...and aku mula hisap rokok, toreh tangan bila depressed..macam bodoh je..ala time tu aku xtau lagi apa erti hidup...kat sana memang aku pakai tudung..tapi aku pakai ni bukan sebab Allah, sebab mak abah aku suruh...teruknyaa..
aku kat sana pun solat bukan kerana Allah, tetapi kerana mak abah aku suruh..huhuhu...jahil sungguh diriku ini...:(..kat sana ada banyak jenis2 orang maksud aku macam goth,emo,punk,ska,chavs,indie, dan banyak lagi...tapi yang paling aku tak suka budak chav..macam sial dorang..kebanyakkan budak chav ni racist...tapi tak semua la..ada yang ok..
selama 3 tahun aku duduk uk aku tak pernah fikir apa yang aku buat, tak penah terfikir aku hidup ni sebab apa?..yang aku tahu nak enjoyy je..bulan 12 2008 aku balik Malaysia..aku berumur 14 tahun..memang balik Malaysia ni blur2 gila ah...haha..aku ada kenal dengan member sedara aku ayo, nama dia tak boleh la bagitau...time dekat uk pun aku memang tak guna handfon sangat, tak penah topup la katakan..kah3..sebab nak chat pape dengan kawan dekat msn je..nak jumpa kat town pun set je pukul berapa, kat mana...kalau takde kat tempat tu pada masanya..kena tinggal lah..time kat sini aku pun terpinga2 la tengok dorang ni semua asyik bertasbih pakai henset jek...and sedara aku suruh aku beli no maxis..time tu mmg guna no kat sana la..aku suruh adik sedara aku beli kan...tapi masa tu aku takde IC lagi...dia pun beli sim yang tanpa IC...dah beli je no tu...ade je member-member ayo dok kacau aku...haha...yang aku cakap tu la..Encik L..dia ada penah mintak couple tapi aku reject sebab ayo nanti asyik perli aku sebab dia tak hensem..hahaha...siot kan..lepastu abah aku ada masukkan aku ke Motivasi ESQ dekat KL..aku pun terpaksa pergi...tapi best kat situ..memberi kesedaran..tapi sekejap je tu...dah lama sikit naik la balik tanduk tu..huhu..kat situ la aku mula lah berpakwe...ada budak ni...kecit je orangnya...comel je.. mula-mula aku ingat dia tu form 2..hahaha..baya aku..tapi gupanya baya akak aku..kita orang sama tinggi kot..nama dia Encik.H..hehe..hope dia tak baca ni..malu je..kita orang start kenal kat situ...keluar g makan dengan dia..dia belanja..haha..kononnya gentle le tu...hehe :P

Tapi time tu aku da mula suka dia...dia punya la cakap yang dia ni jenis yang setia..blablabla..hampeh..tapi mulanya memang aku percaya..lurus bendul jugak aku ni...kita orang start couple time tu sebelum christmas..24december..ingat lagi tau..yang paling lama pernah aku couple dia la and my first bf :P..nak dekat setahun...tapi banyak dia sakit kan hati aku, dia buat aku ni macam orang bodoh...tiap malam aku asyik tunggu je dia call ke hantar msj ke..time tu birthday dia aku nak wish la happy birthday, nak call dia...tapi dia tak angkat..dia buat aku ni macam tak wujud..kita orang in long distance relationship..dia pernah curang dgn aku,banyak kali pulak,tapi dia jujur dia bagitau..aku pun terima dia lagi..ewah..haha..then times comes by..kita orang dah 10 bulan couple..dia pun dah mula serius dengan aku..bulan 9..time tu raya...aku pulak tak serius dengan dia dah...aku curang dengan dia...aku kenal dengan budak ni...dia dah habis sekolah..nama dia Mr.A..mula memang aku rasa bersalah gilaaa.yela aku mana pernah curang dalam hubungan...:P...dan si Mr.A pun dah ada gf...mula-mula kita orang scandal je..aku pun dah mula suka kat dia, dah mula syg, dah mula la jatuh cinta..huhu...aku putus dengan Encik.H sebab dia dapat tahu aku curang,kita orang gaduh..then putus..Lepas tu aku dah mula serius dengan Mr.A..aku suruh dia putus dengan dia punya gf...siot kan..huhuhu..disitu lah bermulanya cinta kita orang..walaupun kita orang bersama tak lama...tapi rasa macam dah lama sgt...aku dah kenal dia pun macam dah lama...aku banyak luangkan masa aku dengan dia..aku sanggup dulu time nak dekat exam Pmr, cakap dengan mak nak pergi study kat rumah suzy...tapi pergi beli kek nk pergi rumah dia sambut bday dia...on the way pergi rumah dia tu pulak excident..ahaha..lawak je..haa tu la akibatnya sebab tipu mak...huhu..ampun ye mak...nasib baik aku takde pape..and suzy pun takde pape...cume badan dia sakit sebab terhampap motor tu..then masa berlalu..semuanya indah time bercinta ni...macam aku ada dalam dunia lain..yang ada aku dan dia je...aku lalai...aku lupa tuhan...aku tipu mak abah...aku sampai tak bertegur dengan mak and abah..disebabkan ego yang terlampau..huhu~ konon nya time tu dia je la yang memahami aku, yang sayang aku, semuanya dia lah...janji-janji dia,kata-kata manis dia tu...aku percaya...aku termakan janji-janji dia...cakap tak kan curang,takkan tipu, takkan cari perempuan lain...tapi kata2, janji2 manis tu sume hancur berkecai..selepas 2 bulan lebih..aku dapat tau dia ada perempuan lain..patutlah aku mesej tak balas, call org lain yang angkat...perempuan tu yang angkat...aku ingat sedara dia..tak guna punya laki...time tu aku dah tak tau nak buat apa...macam tak percaya benda ni berlaku...aku ingat aku akan bahagia sampai bila-bila dengan dia...aku terjatuh dalam cinta nafsu...aku tak pernah ingat Allah...tak pernah solat...aku sanggup bermadu dengan perempuan tu...bodoh nya..tapi at the same time aku couple masa tu 4 orang..hahaha..tapi takde perasaan pun kat dorang..entah la..hari-hari aku menangis macam org gila..asyik duduk dalam bilik je..hati ni rasa macam nak pecah..rasa macam nak bunuh diri pun ada..aku terfikir kenapa semua ni terjadi kat aku..dalam hati baru aku teringat kat Allah..dalam hatiku berbisik Ya Allah berikanlah aku petunjuk dan hidayah mu..aku boleh jadi gila tau tak..dia buat aku ni macam sampah...habis madu sepah dibuang..tengok kelopak mata aku mula dah berair..huhuu..aku dah nekad nak lupakan dia...aku nak buang dia jauh-jauh...tapi tak boleh..asyik teringat kan dia..teringat janji-janji dia dulu...teringat waktu bahagia bersama dia..pastu satu hari ni...aku asyik rasa resah dan gelisah je...pastu aku bukak tv terbukak pulak astro oasis...kan ada zikir kat situ...aku tergamam, zikir tu menusuk dalam hati aku...rasa macam tenang tapi rasa macam nak menangis sekuat-kuatnya...tapi aku tahan sebab akak aku ada..dia nampak aku macam gelisah, kehulu-kehilir...macam org tak tentu arah..pastu dia cakap kalau hati tu rasa gelisah...pergilah solat and taubat...mesti tenang...aku pun masuk bilik..menangis sekuat-kuatnya....dalam hati asyik berbisik Ya Allah..ampunkan lah dosa ku...berikanlah aku petunjuk mu...aku termenung sekejap...ape yang aku dah buat selama aku hidup ni?..aku lalai..rasa diri ni sungguh keji...sungguh jijik...aku pun tergerak nak solat...huhu..ambil wuduk..time solat tu mmg rasa tersebak sangat..aku menangis sepuas-puasnya..lepas solat tu..memang rasa tenang sangat...rasa aku Allah dekat dengan aku...aku doa supaya aku diberi petunjuk dan hidayah dariNya...dan supaya Dia ampunkan kan segala dosa-dosaku...aku dah mula solat...tapi belum penuh 5 waktu...huhu..sikit-sikit dulu...akak sedara aku banyak nasihat kan aku..banyak bagi aku semangat..terima kasih kak Kila :)may god bless her.aku pun mula baca al-Quran...indah sungguh bila baca..hati rasa tenang je..aku mula menyelami islam..aku baca buku-buku nasihat, dan article-article di iluvislam.com yang sungguh menyentuh hati...

Alhamdulillah...aku mula berubah sikit-sikit...rasa indah sungguh islam ni...lagi indah dari bercinta dengan manusia ni...aku dah serik,serik nak percaya dengan laki lagi,pintu hati aku pun dah tertutup...from now on...aku tak nak lagi berfoya-foya...aku nak kejar impian aku, nak banggakan mak abah aku walaupun aku dah banyak kecewa kan dorang..aku nak jadi wanita solehah,anak solehah...nak jadi hamba Allah yang mengikut perintahNya...walaupun banyak dugaan yang Dia beri kat aku...aku akan tabah menghadapinya dan bersabar..Dia nak duga aku sebab Dia sayang aku....Dia tutup pintu hatiku untuk menyayangi orang lain sebab dia taknak aku khayal macam dulu...Dia nak aku terus menerus bersujud kepadaNya...Alhamdulillah...rasa hidup ni sungguh bermakna...Dia bersama aku selalu...suka-duka...tapi kadang-kadang aku lalai dengan Dia...aku melambat-lambat kan solat...solat tak khusyuk, dan terkejar2...huu...Ya Allah..kuatkan lah imanku..aku akan cuba untuk meningkatkan iman dan amal aku...kadang terfikir Allah terima ke taubat aku? lepas tu aku terfikir dalam al-Quran ada tulis yang Allah maha pengampun lagi maha penyayang...dan aku percaya janji-janji Nya...Ya Allah rindunya..
macam mane la aku nanti kat akhirat ek? kat kubur? MashaAllah..jauhkanlah aku dari seksaan api nerakaMu dan seksaan kubur...amin..huhu...setiap yang berlaku pada diriku...aku pasti semua yang terjadi ada hikmahnya..aku sentiasa berdoa agar Mr.A berubah..harap-harap dia berubah..Alhamdulillah...hidup aku sekarang lebih bahagia berbanding dulu...bersyukur sangat...Terima kasih Ya Allah :) Semoga amalan aku diterima dan taubat ku diterimaNya..amin.
Kalau korang2 yang selalu rasa resah,gelisah...pergi la ambil wuduk...solat...pasti tenang..:P
Sekarang aku nak serahkan Cintaku pada yang Ilahi...Harap aku dijauhkan dari cinta yang bukan halal bagiku..jauhkanlah aku dari zina hati dan bercouple ya Allah...aku tak nak berpaling dari Mu lagi...aku tau aku ni bukannya baik sangat...aku ni manusia biasa yang banyak buat kesilapan...macam korang jugakkan...takde manusia yang sempurna pun kat dunia ni...kita ni sama disisi Tuhan..
Semoga dosa kita semua diampun dan semoga kita dirahmatiNya..Islam Is The Way Of Life.♥♥♥

Terima kasih kerana membaca luahan hati + kisah hidup saya yang panjang ni ^_^

Tuesday, December 21, 2010

Holidays. Part 2

candid ni. lol. gmok.

Assalamualaikum...
Semalam 20/12/2010 aku and the family pergi pahang, ke bukit tinggi. cuti-cuti malaysia lagi :D
tapi sekejap je...huhu tak puas...abglong punya pasal la...asal ada kelas esok..huhu :P..tapi ok la tu..asal kan dapat pergi...bersyukur2...Alhamdulillah..hehe..Kita orang bertolak dalam pukul 9.30...macam biasa malam sebelum nak pergi cakap bertolak pukul 7.30..so bangun awal...haa ni pergi pukul 9.30..biasa la janji melayu...haha...dah gerak, aku apa lagi...membuta r...ngantuk gilaaa tahu! ye r bangun pukul 5.30...aje le..huhu..dalam pukul 12 dah sampai ke bentong..dalam beberapa minit sampai ke bukit tinggi pulak...pergh! nak naik atas bukit tu kan boleh semput kereta shuttle bapak aku...haha...ye la dah la dalam kete tu ade 7 orang...2 orang badan gagah perkasa..haha..bukan aku ok...aku kecit jek...berat pun x...last timbang 39 tau..haha..tapi skarang tak tau lah dah naik ke tak..:P harap tak..so kena la bawak slow kete tu..kalau naik skateboard turun bukit tu kan aku rasa dah sampai bawah tu mati katak...takut jugak...tergolek kereta ni ke kan..huhu..tapi Alhamdulillah selamat sampai ke Berjaya Hills. and then sampai ke Corma Tropical Resort...nama macam kat tempat paris kan?ala korang tak tau boleh search kat google..hehe..tempat dia pun macam kat paris...cantik..sejuk tapi panas...normal la tu..atas bukit..

cantik tak? bukan tempatnya la..orgnya..hahaha~

cantik tak? cakap la cantik! penat posing ni! haha...kidding! padahal gambar ni candid...nampak cantik lak..ecece..:P...ok sambung...sementara tunggu mak n abah check in hotel kat counter nya..kita orang pun apa lagi..gila posing la..hehe..biasa la..kalau camera dah ada..mau tak nak posing gila-gila..adat la tu kot...jalan kat situ kan ramai tengok aku...macam pelik lak...tak penah tengok orang ke? haha..aku tak tau la dia tengok kasut aku ni pelik, ke sebab aku ni comel..hahaha..pasan je lebih minah ni...takdela..family aku suma cakap tu kasut lady gaga...ada rupa ke? kalau ada pun bukan lady gaga...Lady eya..hahak...pelik-pelik la best...kan2? ngee~
pedulik apa aku orang cakap apa! asalkan aku suka apa yang aku pakai...and i love my weirdnessstyle♥. werk. korang tak kesa kan aku buat entry panjang-panjang berjela?ala korang kesa pun aku tetap nk buat..sebab ni blog aku..hihi..ok lepas da check in...kena tunggu sampai pukul 3 baru boleh masuk hotel.adoii...aku tak kesa..cuma orang lain tu la...bapak aku dok masam jek time snap2 pic...sebab dia lapar...haha..ciannya...cam anak dia..:P anak abah la kata kan...comel la abah macam tu..haha..aje le pelik aku ni...

hamek kaw ladyy gaga shoes..haha.its killing my feet.

Dah penat snap2 pic...dalam pukul 2lebih..dekat nak pukul 3...kita orang dah boleh masuk bilik..tapi kena tunggu orang tolong bawak kan beg guna troli hotel tu...sekejap je...dah angkat barang and sampai bilik tu...dia tolong angkat kan periuk nasi..ye kita orang bawak periuk nasi..so what..haha..pastu dia cakap standard...kita orang pun gelak je la...lapaaaa gilaaa...
dah siap2 solat sume...ape lagi, terus melantak...mak aku pagi2 lagi dah buat lauk ayam masak apa entah..sedapp sgt tapi pedas gilaa..huhu~ time makan tu dah macam anjing terjelir-jelir lidah..pedas gila vavi punya pasal...tapi sedaappp..macam nak tambah...tapi tak tahan pedas woo..:P Dari tingkap bilik kitaorang boleh nampak kolam kat bawah..lawa...best gila la hotel tu..tapi tak dapat mandi..huhu. tapi yang tak best nya...makanannya mahal nak mampus...barang-barang kat situ pun lebih kurang cekik darah...mau tak..air kotak nye dah RM9 lebih..wtfish..aku boleh beli 9 air kotak la..pastu icecream magnum dia pulak RM5..kalau kat tempat lain dah boleh dapat 2 icecream tu..hampeh tol la...mengalahkan dekat Uk...tak nak membazir punya pasal petang tu kita orang pergi perhentian dekat mana ek? dkt2 genting kot..ntah..aku lupa la..huhu...dah la jauh gila vavi..sebelum pergi situ kitaorang pergi Japanese Village...kat situ ada Japanese Garden, Japanese tea house, Japanese restaurant, Botanical Garden, Spa, Souvenir shop dan macam-macam lagi..best tempat ni..rasa macam ada kat Jepun..hehe..time nak naik atas pergi kat Japanese village tu..aduh..penat gila...macam pergi merentas desa pulak...dah la curam gila...dah la lama tak exercise pulak...kaki,tangan,lutut suma rasa cam nak tercabut...tapi takpe la..sekali sekala..huahuahua..

kat Japanese Garden ^^

Dah round-round kat Japanese Village kena turun balik bukit...adeh..penat sehh...tapi best..hee.
lepas tu kita orang nak pergi kat tempat arnab,kuda, tapi tutup pulak..sebab dah pukul 6..huhu..awalnye tutup...tapi esoknya kita org g jugak..^^ pastu ingat nak main bowling pulak.
kene pergi atas lagi...kereta dah macam nak sapan..haha..dah pergi kat tempat bowling tu, dah la
tunggu orang counter kat situ lama... pastu kann dia cakap bowling ada 2 je yang boleh guna..yang lain rosak..yang 2 tu ada orang tngah main..ape daa...kata tempat tu Berjaya Hills...tak berjaya langsung..! heh...dah tu taktau nak pergi mana..lagipun dah nak magrib..kita orang nak bawah..nk g kat perhentian..nak kuar kan duit, nak makan, nak beli makanan..nak turun balik pulak tu dah la lama...patut dia letak la 1 Atm machine dekat berjaya hills tu..apa la..menyusahkan orang je =='..dah beli makanan, buat sume tu..terus balik hotel..sebelum masuk bilik snap2 pic lagi time malam..lagi lawa...dah la angin sepoi2..hehe..best..dah masuk bilik,mandi,tngok tb..rase da ngantuk tido la..lepas tu tngah sedap2 tido si dia pulak call...sebok je..dah la aku ngantuk..huhu..tapi best dapat cakap dgn dia...lepaskan rindu..hahaha...xbleh bla..
gila je..dah la aku nak jauhkan diri daripada dia...tapi kenapa tak boleh :(... Ya Allah..tolong lah aku..aku tak nak mengharap kat seorang manusia ni lagi. sakit hati ada lah...Kalau boleh tak nak ada perasaan pun kat dia or mana2 laki..haha..dahsyat...betul la..aku nak bercinta dgn Allah je...InsyaAllah..huhu..cinta pada manusia ni tak kemana pun...ok abaikan cite sedih tadi..haha..
Keesokkan hari nya pulak kita orang dah siap2 mandi,packing, terus check out...senang..tak payah nak pergi balik kat hotel amek barang...then nak pergi kat tempat arnab tu pulak..comel nyaa....nak arnab...nak baby arnab..mesti comel gila..haha..lepastu terus g kajang...makan satey kajang..pastu terus balik..sampai rumah dalam pukul 4 ptg..ok la...ni dah terlebih panjang kot aku taip..hee..:P
Kalau nak tengok gambar-gambar, boleh tengok kat Flickr ataupun Facebook.

i love my bb. (big brother la)

i love my family♥ ^^ sorg lgi xd plak.

mane stu tomei? haha.

Friday, December 17, 2010

Holidayss. part 1

kat kedah.^^

Assalamualaikum..
ok...seriously...tak tau nak tulis ape..kepala hotak tengah blank...haha...gila pak bosan.
haritu, pada 15december aku and satu family pergi cuti-cuti malaysia kat banyak tempat....first tempat hala tuju kitaorg adalah perlis..kuala perlis...negeri paling hujung tu...so lalu banyak negeri nak p ke perlis..padahal takde rancang apa-apa pun nak pergi sana...yang tau nak g sana nak tau ada apa kat sana...so hotel pun takde book...tapi best jugak pergi bercuti tak rancang..hehe...kitaorang bertolak dalam pukul 8 or 9 tak silap...mak cakap nak bertolak pukul 7.30..aku ni pun bangun le awal dalam pukul 5.30...yela nak tunggu aku bersiap punya le lama...huhu...maklum la..anak dara..:P...dah siap suma...kitaorg pun gerak ikut highway ke kuala lumpur..dalam 2-3 jam tu tido la ape lagi dalam kete tu...pastu dalam pukul 11-12 bangun.. time tu sarap roti je kat rumah...dah la perut lapo gila babeng tahap cipan...huhu...sambil tunggu nak pergi berhenti kat perhentian perak tak silap...nyanyi2 dalam kete, snap-snap pic...best gi jalan dengan family gue..hehe....


Yang hujung sekali tu buat-buat tido je tu....sorang lagi tu terencat sikit...suka sangat buat muka time nak snap pic...haha...dalam pukul 1 lebih baru la dapat makan...makan da macam orang kebulur tahu...ahaha...takdela...takkan la nak buat perangai depan-depan khalayak ramai...jatuh air muka...huhu...kena la beradab sikit makan...lepas makan pergi solat pulak...lepas tu gerak..lagi 5 jam baru sampai perlis..maknanya kita orang sampai kat perlis tu dalam pukul lima lebih la...kesian driver....penat...huhu..pastu pergi dekat tempat feri ke langkawi tu kejap snap-snap pic...pastu pusing-pusing dekat bandar kangar dia tu cari hotel...mula abah aku cakap kalau yang macam hotel lok pin kat tangkak tu pun takpe asal kan ada tempat tidur and banyak hotel dah penuh...oh tidak!!...takmoo...eee..huhu...memilih aku ni...nasib baik la kita orang tidur kat hotel yang ok la jugak...bagi aku 3 star kot...hotel ape ek? lupa pulak...ala ada garden kat blakang nama hotel tu...huhu..nanti tanya mak balik la...memory lost...haha..mesti korang bosan kan dengar aku membebel& dengar cita aku yang membosan kan ni...aku pun da bosan menaip..takpe2...aku gitau je la tempat yang aku pergi tu...malam tu pulak pergi kg padang besar...ingat ade org jual-jual barang2 mcm souviner..ntah mcmane spell ayat tu...lantak la
sekali ada polis jaga kat situ supaya takut ade org thailand seludup beras ke kan..pistol pun senang nak dapat kat sana.korang yang nak merompak ke nak bunuh diri ke pergi la thailand ..tapi time pergi kg padang besar tu banyak gila kereta no. flat thailand...orang thailand pun ramai...mak aku cakap kat thailand senang nak dapat pelacur...haha...kalau korang-korang yang tengah gatal tu kan pergi la thailand cari pelacur...nak pelacur apa...pondan ada,orang tua ada, kanak-kanak pun ada...teruk gila...haha...gurau-gurau je ok....dorang jadi pelacur sebab dorang susah...susah nak cari keje...rakyat dorang suma miskin-miskin...tapi kenapa sampai jadi pelacur ek? hish...ntah le...dunia-dunia...nauzubillah..ok sambung balik...dekat kg padang besar tu takde pape pun...pastu patah balik carik kedai tomyam dekat-dekat dengan hotel kita orang....tomyam seafood dekat perlis memang sodaapp...yela...ori thailand tu yang masak...hehe...balik tu pulak aku dilanda sakit perut akibat makan lambat...aku ni ada gastrik kot...kalau makan lambat je mula la sakit macam gila!...huu~ :P

sunset. view from our hotel.nice aint it?

Keesokkan paginya pulak...siap-siap pergi breakfast kat bawah..pastu tunggu budak 2 ekor lelaki ni pulak mandi...mandi macam anak dara mandi...berjam-jam...huhu...pastu dah packing-packing...nak gerak pergi kedah pulak..pergi zon duty free dulu...dekat-dekat nak pergi ke thailand tu...aku pun tak tau nama tempat tu...macam supermarket..ingat ada ape la...gupenya macam the store je..:/..lepas tu pergi alor setaq...hoho...best gila...cantek sungguh kedah...kalau boleh nak duduk situ...boleh belajar loghat kedah dari jiji.huhu...ingat nak jumpa jiji..tapi dia off fon...taktau la pulak dia tukar nombor ke apa...ke marah kat aku sebab tak balas mesej dia haritu...huhu..kejam betul aku ni...takdela...takde mood nak balas and takde kredit...tak sangka pulak dia marah sangat sampai tukar nombor...maaf ye jiji ku syg...:P
rindu pulak kat dia, rase bersalah pun ada...aduh... :(..
okay...lepas round-round kat bandar alor setar, kita orang pergi makan kfc....kat kedah banyak laki hensem woo. contoh : jiji.. haha...tapi betul la...ramai la jugak yang hensem-hensem...cuci-cuci mata kat kedah best..hehe..dah la dekat kfc tu ada mamat sorang ni, dah la hensem...pastu asyik tengok aku jek..haha (prasan je:P)..aku ape lagi...cover-cover la time nak makan tu...hahaha...tak bleh bla...lepas makan kitaorg pergi masjid Al-Bukhary...kaya Bukhary tu...siap ada masjid sendiri, beras dengan gula dia kongker...shopping mall pun ade dia punya....dekat-dekat dengan masjid dia tu...tapi dia hidup macam orang biasa je, pakai kereta malaysia...takde la berlagak walaupun dia jutawan...tak macam dato-dato kat malaysia ni...baru pangkat Dato' dah berlagak nak mampos...bleh pergi jalan lee..ingat orang respect ke...jangan terasa sudah...

kat masjid Al-Bukhary

Lepas pergi masjid...nak pergi pulau pinang pulak...nak cari hotel kat sana...dekat bukit ferringhi..memang best tempat tu...ramai pelancong kat situ..cari-cari hotel kat situ...sekali ada hydro hotel ni senang nak pergi pantai...menarik pulak hotel tu...so try la tanya ada bilik kosong tak...sekali ada satu je bilik tinggal...2 katil...mak aku pun terus amik bilik tu...haha..ala kita org bukannya ramai pun..6 orang je.haha..gila ah...malam tu kena tidur atas lantai..bukan lah atas lantai...atas karpet + atas toto...tapi badan tetap sakit!huhu...takpe la...redha je la...asalkan ade tempat tidur...bersyukur...huhu~
Malam tu pulak pergi makan kat mana entah...dekat bawah bukit ferringhi...satu keluarga makan char kue teow special pulau pinang punya...memang sedap...pulau pinang punya kue teow memang sedap..hehe..tapi aku makan tak habis...haha...sebab dah full loaded...perut pun da buncit..huhu.. :P
lepas tu lepak-lepak kejap kat tepi kolam,lepas tu tidur, lepas tu bangun pagi,sarap dulu, pastu pergi pantai, main cicah2 kaki kat pantai jek...budak-budak ni mandi la...lepas tu mandi kat kolam pulak....lepas tu naik bilik...mandi-mandi, siap-siap...pastu gerak nak balik pulak...nak pergi ipoh pulak , pergi rumah mak sedara...makchik atin..mak aku punya akak la...lepas tu terus balik...sampai rumah pukul 12malam...hari jumaat...ok tu je la...haha..malas nak taip panjang-panjang lagi...macam la korang baca kan...huhu...penat je aku bebel sorang-sorang...
nak tengok lagi gambar aku bercuti tenggok lah kat facebook. dekat flickr belum upload lagi. malas...huu~
ni link kat facebook..
http://www.facebook.com/album.php?aid=104180&id=1208676989

ok lah..bye..nak mandi...huhu...dah nak pukul 1 pagi..saya suka mandi malam la. haha.peace~

Sunday, December 12, 2010

Ilmu perlu dicari.


Assalamualaikum.

Kebanyakkan buku yang kat atas tu kan tak penad dibaca tapi ada separuh yang dah baca..tu pun tak habis..baca separuh jek..yang dah habis baca satu je buku, tu pun buku khusyuk dalam solat...saya suka beli buku tapi malas nak baca...membazir kan..tak membazir la tetapi berbaloi-baloi..haha..sebab buku-buku ni banyak bagi nasihat, kesedaran dan ilmu..korang beli la buku-buku ni..so time cuti ni ingat da baca habis kan...haha..berazam je ni..entah ye ke tidak nak membacanya..ye la...baca je sikit dah rasa bosan..bukan buku tu bosan..tuan yang membacanya ni tak menghayati ketika membaca...macam mane nak buat ek? supaya ada minat untuk nak membaca?? seriously..dah la SPM tahun depan...nak baca buku lagi...lagi-lagi buku form4 punya..yang banyak tinggal..adus..menyesal pulak main-main tahun ni...menyesal kemudian tiada guna kan..so nak berazam nak belajar rajin-rajin...taknak main-main dah..dah naik form5 baru la nak menggelabah kan...teruk btol...huhu..doakan saya ye supaya belajar boleh masuk dalam kepala otak ni...dan boleh score nanti...dan doakan saya rajin nak belajar..Amin..huhu...tapi takut jugak kalau belajar tapi tak masuk dalam kepala...macammane nak senang masuk dalam kepala? saya tanya jawab lah!..huhu....gila la..takut tahun depan...Ya Allah...

Ok..sekarang saya nak share sikit Nasihat-nasihat mengenai Ilmu dari buku Panduan Nasihat-Nasihat Rohani untuk Para Remaja.

* Sesungguhnya hikmah (ilmu) itu adalah harta mukmin yang hilang dan di mana sahaja dia menemuinya, maka dialah yang paling berhak memilikinya.

* Ilmu itu dicari, bukan datang dengan sendiri.

* Amal tanpa ilmu itu buta, sedangkan ilmu tanpa amal itu lumpuh, bagaikan pohon yang tidak berbuah.

* Sekarang menjelang petang, masa mudamu telah pergi, sesal kemudian tidak berguna, nasi telah menjadi bubur, sebentar lagi akan menjadi penghuni kubur.

* Menghormati gurumu, sayangi teman. Melawan guru akan menyababkan ilmu yang kamu pelajari manjadi tidak berkat.

* Sesiapa yang mahu masuk syurga, maka tuntutlah ilmu. Sesiapa ingin terhindar dari neraka, maka tuntutlah ilmu. Dan sesiapa ingin kebahagiaan dunia dan akhirat, maka tuntutlah ilmu.

* Sesungguhnya orang yang menuntut ilmu dinaungi para malaikat dengan sayap-sayapnya. Lalu mereka menaikkannya satu sama lain sehingga ke langit dunia kerana cinta mereka kepada ilmu yang dituntutnya.

* Allah mewajibkan menuntut ilmu bagi muslim dan muslimah sebagaimana dia juga telah mewajibkan solat, puasa, zakat dan haji.

* Tuntutlah ilmu selagi seseorang masih muda, sebab daya ingatan orang muda masih segar dan mudah menerima pelajaran.

* Jika seseorang menguasai suatu ilmu, ajarkanlah kepada orang lain, maka ilmu itu akan bertambah luas dan mendalam.

* Carilah ilmu agama untuk beramal di dunia dan sebagai bekalan di akhirat kelak.

* Tuntutlah ilmu sekalipun jauh.

* Lakukan tugas sekolah sesampainya kamu semua di rumah. Jika terasa susah maka bentuklah kumpulan belajar untuk membahaskan dan membincangkannya.

* Bertanyalah kepada gurumu, jika tida faham tentang suatu pelajaran. Jangan malu-malu, sebagaimana kata pepatah, "Malu bertanya sesat jalan."

* Ambil perhatian akan semua nasihat dan peringatan yang disampaikan oleh gurumu kerana semua itu demi kebaikan sendiri.

* Berbincang bersama kawan mengenai suatu mata pelajaran akan semakin menambahkan pemahaman.

* Di antara keutamaan manusia adalah dilantik sebagai khalifah, diberi akal, ilmu serta wahyu, semua ini tidak diberikan kepada makhluk lain.

* Sesungguhnya Allah meninggikan beberapa darjat orang yang berilmu di kalangan kamu semua.

* Ketika seseorang berfikir, maka Allah memberikan ilham padanya. Oleh itu sentiasa sediakan alat tulis untuk mencatat ilham/idea tersebut. Sebabnya seringkali ianya tidak berulang melintasi fikiran kita lagi.

* Sesungguhnya orang yang paling takut di kalangan hamba Allah adalah orang yang berilmu (ulama).

* Akan dipalingkan jauh-jauh dari ayat-ayat Allah, seseorang yang menyombongkan dirinya tanpa haknya, termasuk orang yang sombong dengan ilmu yang dimilikinya.

Semoga Nasihat-nasihat ini boleh diambil iktibar dan peringatan untuk kita semua. Amin.

Thanks for reading ;)


Saturday, December 11, 2010

Boys .





Assalamualaikum...

So im going to talk about boys. chewahh...speaking pulak..haha..
untuk lelaki yang membaca ni jangan ambil hati ye pasal icon kat atas tu^^
bukan saya yang buat...saya jumpa je...pastu letak kat sini..hihi...
sekadar gurauan..jangan amek hati ye kaum adam...
kebanyakkan lelaki kan suka mempermaenkan hati and perasaan kaum wanita..kenapa ye?
diaorang ni takde kepala otak ke nak pikir hati kita orang macam mana??
haaa...macam tu la jugak perempuan...perempuan dengan lelaki sama sahaja...takde beza..
tapi tak semua kaum lelaki dan perempuan macam tu...saya pun lebih kurang macam tu jugak kot..dulu la...sekarang dah tak..haha..takde la..kita da terkena dengan lelaki memang kita akan balas balik dan takkan percaya lagi lelaki sampai bila-bila...kecuali lelaki idaman saya..^^ hee..
kalau boleh kan saya nak lelaki yang solat lima waktu, yang solleh sbb nanti dia boleh bimbing kita kan, tak dayus, tak kurang ajo(kene terlebih aja), sweet, romantik, kind, peramah, love me for who i am, dan yang paling penting SETIAA!!
(saya nak tengok sgt lelaki idaman saya tu berubah..harap2 dia berubah..amin..)
tapi saya paling benci lelaki yang gedik nak mampos macam perempuan..geli la derrrr...
kalau perempuan tu takpe la..ni tak...sikit-sikit touching..pastu bila kita yang mengajuk dia pulak mengajuk,kita pulak kene pujuk..ee aje le...dan paling tak suka lelaki yang suka mengongkong...ape hak dorg?? macam mak bapak kita pulak...ok2...dah...tu cite lama...
sekarang ni single lagi best...market tinggi beb! haha...
single best sebab bebas dan boleh berkawan dengan sesiapa sahaja...dan boleh mengelak maksiat...anyways couple itu haram kan..korang x percaya?? pergi la tanya ustaz ke ustazah ke..huhu...bajet pulak aku..
tapi betul....saya cuma nak berpesan kalau bercinta, bercinta dengan niat yang baik, niat bercinta kerana siapa, dan jangan lah terlalu angau sampai lupa pada Allah...
kalau nak keluar pergi berdating tu pergi lah dengan kawan..beramai2 ke...takde timbul fitnah..
dan kaum wanita jagalah maruah kamu, mahkota kamu, untuk lelaki yang sudah halal bagi kita nanti..

Saya pernah terjatuh dalam jurang cinta syaitan lahanat tu...tapi sekarang Alhamdulillah..saya dah sedar cinta kita pada manusia tak kemana dan tak kan kekal sampai bila-bila...kecuali cinta kita kepada Allah...kekal sampai bila-bila...dunia akhirat insyaAllah..so serah kan lah cinta kita kepada Allah yang maha esa...hoho...dah macam ustazah pulak aku ni ek...takde...cuma memesan dan memberi nasihat...tak salah kan?...
aikk...jap..tajuk ni pasal boys kenapa tiba-tiba pasal cintan-cintun ni?..haha..pape la..
aku maen tulis je apa yang ada dalam pale otak ni...huhu~
to laki-laki yang kene reject tu saya sebagai pihak wanita nak mintak maaf yek...
bukan sombong...tapi jual mahal jek...mahal-mahal la lagi berkualiti kan..and nak jaga market...hahaha..gurau je..jangan pikir bukan-bukan..saya ni memang tak betul..
and kalo korang nak kutuk aku...belakang ke depan...tapi baik depan..kurang sikit dosa tu..
kutuk la..yang aku tau i don't give a fish...terima kasih kerana membaca apa yang ada dalam kepala hotak saya ni^^

p/s: saya bukan nak tunjuk baik ye...just nak bagi nasihat lee!!..and saya dah berubah okay..

Jika saya salah, dialu-alu kan memperbetulkan saya ye.

love quote Pictures, Images and Photos

Friday, December 10, 2010

Jangan kacau, nak baca buku...lesen ni..


Assalamualaikum..

Lepas ceramah lesen memang tak pernah la sentuh buku ni..haha..malas nak baca..
tapi sekarang baru la terhegeh-hegeh nak baca...esok nak ambik ujian computer pulak..
adehh...malasnye...tak boleh ke kalau kita terus dapat lesen je? asalkan boleh cecah kaki bawak motor..haha...ada lesen pun tapi banyak jugak yang accident..ye tak?..so whats the point?..
ye la....tau tu undang-undang malaysia..supaya tak melanggar peraturan dan supaya tak lagi banyak kemalangan dan supaya kita berhati-hati...dan bla bla bla....i get the point..
saje buat-buat bodoh..tak tau..hihi..setakat ni baru baca sampai muka surat 11..dah la muka surat sampai 52....=='..baca pun tak masuk dalam kepala otak ni...terlalu jem dah...dah la bosan gila Baby ni time cuti sekolah...bila nak naik sekolah niiiiiiii...

Perkara Best masa cuti sekolah :
*Tak payah belajar.
*Boleh tidur lambat.
*Tak payah buat homework (time sekolah pun mana pnah bwt)
*Boleh tidur sepuas-puas nya.
*Tak stress.
*Tak mengumpat.
*Tak bersosial sgt.
tu je lah kot..

Perkara Tak Best masa cuti sekolah :
*Rindu kat kawan-kawan.
*Rindu kat Syahrul Nizam. bff la.
*Tak dapat jumpa kawan sangat.
*Tak dapat Bergossip.
*Tak dapat melepak.
*Rindu sekolah.
*Tak dapat buli orang. lagi2 Aina. Hahaha..
*Tak dapat makan banyak.
*Asyik layan facebook je..dah jemu tengok muka sama je yang online..haha.
*Tak dapat dengar Cikgu Razali membebel.
*Rindu kat budak 4 Gemilang sgt3.
*Duduk rumah besarkan bontot.
*Tak pergi cuti mana-mana.
*Bosan.
*Bosan.
*Bosan.
*Bosan.

So pergi sekolah la lagi best...nanti dah habis sekolah tang tu la rase rindu kat sekolah...
macam mana la ek habis sekolah nanti...mesti rindu gila kat kengkawan,cikgu,klas....huhuhu...
huwaaa...tak nak habis sekolah la...tapi time tengah sekolah nak habis cepat...hihi..pelik2 jek..
suma orang camtu kot..dah la malas nak taip panjang-panjang...dah la lapar ni...
kalau tak makan memang boleh jadi gila le...nak makan..jom..hihi..Peace out~



Thursday, December 9, 2010

Untuk si pemakai Cincin

tak geli ke korg2 yang kuku pnjg ni? yuck~
mcm mane agknye korg cebok ek? haha.



Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis 2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH ABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU PUN DAPAT PAHALA GAK

Wednesday, December 8, 2010

Jatuh cinta disebabkan syaitan.


Alkisah. Seorang lelaki A datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan yang paling 'hot' di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang fotogeniklah katakan, cantik, menawan dan yang paling orang suka dia ni seksi dan berada. Tapi sayang, dia bkn muslim.

Saya malas mau tulis panjang lebar. So, dialog ringkas sajalah(tak juga ringkas nie). Tapi sebelum tu, biar saya bagi tau korang ciri-ciri lelaki A tu. Lelaki A merupakan anak seorang Dato' entahlah Dato' apa. Saya pun tak berapa tau. Yang penting mamat ni kaya, kacak, bergaya. Nak gi kampus pon pakai kereta mewah, dah tu ada drebar pulak. Fuih, sape tengok, melopong je lah.

Alice: Apasal awak datang nak jumpa saya?

Lelaki A: Saya dah jatuh cinta kat awak.

Alice:(memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?

Lelaki A: Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?

Alice: Tapi..

Lelaki A: Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.

Alice: Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih)

Seminggu kemudian. Perempuan 'hot' nie di datangi seorang lelaki lagi. Lelaki B. Yang ni, penampilan dia agak islamik'. Pakai baju Melayu siap bersongkok pulak tu. Tapi, hati dia kita tak taukan. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.

Alice: Ha, ada apa erk?

Lelaki B: Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)

Alice:(agak terkedu seketika) Waalaikumsalam. Kenapa awak datang nak jumpa saya?

Lelaki B: Saya...saya...

Alice: Kenapa? cakaplah..

Lelaki B: Saya jatuh cinta kat awak..

Alice: sebab?

Lelaki B: Perlukah bersebab?

Alice: Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..

Lelaki B: Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.

Alice: Owh. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.

Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa jawapan dari sang gadis itu.

Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki. Lelaki C. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja. Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa. Perempuan itu mengulum senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.

Alice: Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..

Lelaki C: (Termangu seketika) Awak dah tau?

Alice: Why not? Awak cintakan saya?

Lelaki C: Ya, saya menyintai awak.

Alice: (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?

Lelaki C: (hanya mampu tunduk)

Alice: Kenapa diam? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya..atau saya ni seksi..atau..saya ni anak orang berada..

Lelaki C: Demi Allah, semua itu tak betul.(Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana. Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak. Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin, saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya. Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.

Alice: (terkedu) Apa awak nak?

Lelaki C: Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.

Alice: Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?

Lelaki C: Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia. Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini.. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia. Salamu'alaikum.

Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.

Dua tahun kemudian.

Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.

Ibu: Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga. Akif tak de ke pilihan hati Akif sendiri?

Akif: Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.

Ibu: Akif, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia. Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.

Akif: Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia. Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.

Ibu: (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia. dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.

Akif: Siapa dia ibu? siapa nama dia?

Ibu: Nur Alissa Zakiyyah...

Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Akif ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas. Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata. Suasana agak hingar-bingar. Ibu Akif berada di dalam rumah mungkin sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama.

Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman. Gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya?

Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.

Akif: Assalamu'alaikum.

Alissa: Wa'alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)

Akif: Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??

Alissa: Dan awak pula Akif Rahmankan?(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)

Akif: ya. Akif Rahman Bin Razaq. Awak belum jawab soalan saya..

Alissa: Hum.. akhirnya...

Akif: (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?

Alissa: Ya.

Akif: Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)

Alissa: Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.

Akif: (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?

Alissa: Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?

Akif: Alice...(terharu..)

Alissa: Akif, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..

Akif: Sebab?

Alissa: Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak...

Akif hanya tersenyum.. :)

credit to : iera sukri

Tuesday, December 7, 2010

Don't Be Sad



Assalamualaikum sahabat-sahabat ku...
saya mahu berkongsi tentang buku "Don't Be Sad" di terbitkan oled AL-Hidayah..
saya beli 2 buku..Don't be sad2 & yang ke-3...yg 1 punya takde la kat kedai tu..huhu..
takpe la...beli banyak-banyak pun macam la baca kan..:P
beli buku ni da lama da, tapi tak terbaca la..skrg baru la nak baca sampai habis..
so sementara saya baca sikit2, boleh la saye share-share sikit kat korang ape yang ada dalam buku ni...best tau...tapi saya hanya share yang mana saya rasa nak share je lah...
sebab tak kan la nak share seratus lebih..aje le...bleh mati nak taip kat sini..huhu..


Jangan bersedih, kerana dunia terlalu hina untuk ditanggisi.
Ibnu Al- Mubarak, seorang 'ulama' yang sangat masyhur, mengatakan:
"Aku lebih sukai lantunan syair 'Adi bin Zaid drpd istana Raja Thahir
bin Al-Husain.

Syair yang indah dan mempesonakan itu berbunyi demikian:

Wahai orang yang bergembira
di atas penderitaan orang lain
dan selalu memburuk-burukkan masa
apakah kamu orang yang selamat dan terlindungi
atau apakah kamu punya perjanjian kuat
yang menjaminmu dari hari ke hari
Sesungguhnya kau adalah orang bodoh yang tertipu.

Ertinya : Wahai orang yang suka bergembira di atas penderitaa orang lain,
apakah kamu mempunyai satu perjanjian bahawa engkau tidak akan
ditimpa musibah sebagaimana yang telah menimpa orang yang kamu merasa gembira
dengannya? Apakah engkau mempunyai satu jaminan bahawa hari-harimu
akan selamat dari segala bahaya dan bencana? Kalau begitu, mengapa engkau bergembira
di atas penderitaan orang lain, padahal engkau tidak memiliki perjanjian dan jaminan itu?

Dalam sebuah hadith shahih disebutkan :
Seandainya nilai dunia disisi Allah sama nilainya
dengan sayap seekor nyamuk, nescaya Allah tidak akan
memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air pun.

Menurut Allah, dunia lebih tidak berharga dari sayap seekor nyamuk,
inilah hakikat nilainya dan timbangannya di sisi Allah. Lalu mengapa harus
bersedih dan gelisah kerananya?

Kebahagiaan adalah anda merasa aman atas diri, masa depan,
keluarga, dan kehidupan anda sendiri.
Dan semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadap qadha' dan qadarNya
serta diiringi dengan sikap qana'ah dan sabar.

********

*penat menaip..huhu...tapi memang betul dunia ni terlalu hina...
kita hidup di dunia kerana apa? bagi org yang beriman, untuk mendapatkan keredhaan Allah
dan untuk membekalkan amalan kita di dunia untuk hari selepas mati - Akhirat.
tapi bagi orang kafir dunia ni bagaikan syurga pada mereka..lalai dengan kemewahan dunia dan harta di dunia...dunia ni hanya lah sementara...jangan lah terlalu lalai dengan dunia ni wahai manusia..
carilah dunia, kejarlah akhirat...Akhirat itu pasti kekal selamanya...
Semoga Amal dan Iman kita bertambah setiap hari yang akan datang.
Amin.
hehe...bebel plak aku ek...sje..:P
nanti kalo saya rajin saya taip lagi yek..

I miss you MR


I miss you,
I miss the sound of your voice in my ears,
i miss the way you shake in my arms when you laugh,
i miss the way your smile just brightens up my day.. my world.....
i miss the way you make me feel ,
no one could ever make me feel the way you do... i feel complete....
i feel so happy and yet almost scared ... i feel excited and overwhelmed...
i feel so many things that its hard to describe... sometimes it makes me fumble over my words.....
i miss the way you are....
i miss everything you say... everything you do makes me smile and laugh....
i miss the way you look at me...
i miss us....
i miss being stupid with you...
i miss going on walks ...
i miss walking you home....
i miss being with you ....
i miss you.


Saya rindu awak Mr. Az...
rindu yang teramat tahu!
bila awak nak call lagi ni?!
pagi tadi da call..
huhu..kalau bole hari2 nak bergayut dgn awk...
tapi tak boleh kan...:(

sayang saya terhadap awk xpernah berubah tau..
tpiiii....hishh..ntah le..
huhu..jiwang gila aku.
(o_O)




ish2..ape la aku ni..
zina hati...astagrifullah..
ya Allah jauhkan lah aku dari zina hati..amin..

Monday, December 6, 2010

Hujan itu rahmat!

mendung...da nak hujan~


Assalamualaikum...
jam pukul 1.53pm...sudah hujan...rahmat..alhamdulillah..
tapi cmane nak keluar dengan suzy pukul 3.30 nanti...mintak2 hujan dah berhenti nanti..huhu..
pagi tadi kan Mr. Az call saye kejutkan bangun subuh...sukanyaaa!!..haha..
pastu dalam pukul 10.55 am dia call lagi...tanye dah bangun ke belum..dah mandi ke belum..
ape sume..pastu letak...sekejap je dapat berbual dengan dia..padahal hati sungguh rindu~!
nak cakap lama...malam ni saya call awk pula ye...tu pun kalau saya tergerak hati nak call..:P
huhu...takpe la...asalkan dia ade call...tu pun da kira bersyukur..hihi..
sambil menikmati hujan turun dari langit meh kita dengar Mohammed Taha Al-Junaid baca al-Quran..
sungguh merdu suara dia...masyaAllah...tenang je hati bila dengar...menusuk kalbu hatiku..huhu..
kan best kalau laki masa depan saya boleh baca macam ni...hihi..gurau jek..
Mohamed Taha Al-Junaid ni dia berasal dari Saudi Arab tak silap...muda lagi...




Sunday, December 5, 2010

Selamat pagi!

Assalamualaikum..

morning people...haha..its like 6.50 AM..
awal gak aku bangun ek..selalu bangun pukul 11 lebih..teruk betul anak dara sorg nih..:P
anak sapo le ni....anak Dr. Khanapi...haha..memalukan je..sowi ye bah..
bangun awal pun ada sebabnye...ada ceramah lesen...adoi...
tido lagi bagus...da le ngantuk gila ni..huhu...pukul 7.30 kne gerak pergi sana...
pagi2 ni tetiba rajin pulak nak tulis blog ek...hihi...saje...
ok lah..nak mandi...pendek jek tulis nih...xtau nak tulis ape lagi pagi2 buta ni..
chow..salam..

Saturday, December 4, 2010

baru buat blog baru


Assalamualaikum...

wahh saye bru buat blog..haha
jakun betol...
ni bukan first time k buat blog..
memang dari kecit dulu lagi dah ade blog..tapi blog yang entah pape..
post pon pasal lirik lagu avril lavigne la..copy org len pnye poem la..
ltak gmbr banyak2 tapi xd tulis pape pon...maklum le time tu kecit lgi...otak pon kecit..
memang kalau tengok balik blog tu..pergh aje le gilaaa!
blog tu wujud lagi tau...tapi xleh bagi tau...secret2...password pon da lupa..
time wat blog tu darjah 6 xsilap...time kt UK...bru blaja nak guna internet and computer..
sekarang ni kira dah terrer la jugak..hehe..
sekarang ni pun budak darjah 2 dah geti maen FB and computer kan..dunia dah maju la katakan..
Dulu memang ada blog tapi blog tu private...sebab...sebab ape ye?entah le..huhu
then dah lame x update blog tu sebab time nak update je mesti lupa nak tulis ape..tu yang maleh tu...maklum la saya ni kuat lupa org nye..dan juga Blur2 cikit ..
Tpi sekarang Teringin nak buat blog balik...sebab tngok ramai dah yg buat and ramai yang mengexpress kan feeling dorg kat sini...aku pun nak jugak!!..:P
k la...malas nak taip panjang2...hihi...esok insyaAllah update lgi kot..tu pun kalau rajin dan ingat nak meng update..salam..

Add My Facebook le
eyah1994@yahoo.com
or Bariyah Khanapi