Friday, June 24, 2011

Program Motivasi .


Assalamualaikum...
Hari ni pukul 8.00 pagi sekolah aku ada buat program motivasi untuk pelajar yang menghadapi PMR,SPM dan STPM..tak ramai pun datang. yang tak datang tu 'kononnye' dah bermotivasi sangat la tuh. Mula niat aku pergi sebab mak suruh sebab mak dah bayar RM10..rasa malas yang amat. bangun pun pukul 6.30 pagi. tu pun suruh org tu kejutkan, tapi tak call pun. hampeh. haha. jgn terase ye pkcik :P . Masa program dah bermula , cikgu razali, org pibg dengan sape entah bagi ceramah sikit. aku tak dengar pun, dengar lagu. pasang earphone kat telinga, melayan lagu jiwang. tengah banyak masalah la katakan. huhu. ape pon ta boleyy~. time ada masalah kadang2 aku rasa macam nak give up je dengan hidup ni. rase macam tak boleh tempuh dugaan yang Allah beri kat aku. tapi fikir-fikir..ni semua takdir kot. kita tak boleh menolak qada' dan qadar. Allah tak akan beri dugaan pada hambaNya sekiranya hambaNya tak dapat tempuh dugaan yang diberi. Then lepas dengar celoteh En. Salamian Bin Surip, aku rasa macam menarik pulak. Terus pause lagu, simpan earphone dalam beg. nak fokus konon.huhu. dia pengurus Kem Kaizen kat pontian tak silap aku. kem ape pon aku tak tahu. Aku nak share and mengulaskan balik ape yang dia bagi tadi kat korang nasihat untuk berjaya . yang aku ingat je la.

*Solat lima waktu.

- Solat tu penting. kalau sesiapa yang tertinggal 1 waktu solat maka setitik hitam akan ada di dalam hati kita. cuba korang bayangkan kalau 1 hari tu tak solat? agak2 berapa titik dah ada kat hati kita? kalau seminggu tak solat? kalau setahun?? macam mana ilmu nak masuk kalau hati kita hitam? dulu aku pun susah nak solat. kalau depan mak tu pura-pura cakap dah solat. padahal tak pon. setakat alih-alih kan telekung tu pastu basahkan air sikit kat rambut. nak yakin kan mak yang aku ni solat..jahil betul.wuu.. tapi sekarang Alhamdulillah. tiang agama aku insyaAllah tak runtuh. cuma kadang-kadang tu lambat sikit solat. pastu khusyuk susah pulak. kalau nak kekalkan solat 5 waktu sebenarnya senang je. amalkan selalu dan selalu fikir ape akibat kalau tak solat. tu bagi aku la kalau aku rasa macam malas nak solat. terpaksa jugak pergi. kalau tak nampak lagi dosa tinggalkan solat fardu, aku bagi korang nampakkan lagi.
Buat renungan kita bersama, barang siapa yang meninggalkan solat fardu, seksanya umpama..

Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku.” Segala gerak-gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

takde guna jugak kalau orang yang tak pernah, berzina, minum arak, derhaka ibu bapa dan dosa-dosa besar yang lain kalau solat fardu die tak cukup. ye tak? Jom taubat nasuha..dunia semakin hancur..kiamat semakin dekat..bersama-sama lah kita beramal ye.


*Jaga Pemakanan.
-Makanan yang kita makan tu penting dan kena jaga. walapun makanan yang paketnye ada tanda halal berapa banyak pun kalau duit yang kita beli makanan tu haram tetap dikira haram.
kalau dah makan benda yang haram, ia tetap akan jadi darah daging kita. sampai bila-bila pun darah daging kita ada yang haram. kalau nak senang ingat dan mudah faham , minum susu, madu dan kismis. insyaAllah boleh jalan punya kepala otak korang. kalau boleh amalkan hari-hari. aku makan madu kadang-kadang je. rasa madu werkkxx..tak sedap. tahan jela. satu sudu untuk satu hari dah cukup. Susu pun aku jarang minum.. tapi perbetulkan saraf neurone kat otak aku ni mulai hari ni kena la minum..huhu..kismis masa nak belajar ataupun masa periksa aku makan..haha..banyak idea aku time peperiksaan pertengahan tahun aritu. dapat no 13. tapi ada 1 gagal, sejarah. tak bace langsung..hee.


*Jauhkan dari bercakap yang bukan-bukan
- Contoh; bodoh, sial,babi..aku kadang-kadang kalau cakap dengan kawan hujung perkataan mesti ada bodoh tak pun sial..terlepas n dah terbiasa..susah nak buang percakapan macam tu..tapi aku cuba. Kalau aku marah je mesti ada je nak keluar perkataan yang sia-sia tu..kenapa ye? setan lah ni. setan lagi suka kalau kita tengah marah. mula la dia dok bisik-bisik kat telinge. jahanam punya setan. Cakap perkataan yang sia-sia ni boleh buatkan hati gelap..nak bagi tak terbiasa cakap perkataan tu senang je..banyakkan istigfar..kalau terlepas cakap, istigfar banyak-banyak..macam tu lah aku kalau kat sekolah, ade je nak cakap sial, aku cakap siaaaa...tak jadi..haha..


*Mengeratkan silaturrahim dengan ibu bapa.
- Jangan nak ego sangat lah dengan mak bapak. dorang yang besarkan kita, lahirkan kita, bagi makan, pakaian, keperluan dan ape je yang kita mintak. aku pun ego jugak dengan mak abah aku. kalau pergi sekolah salam, cium pun tak..ego punya pasallah. ego aku memang tinggi tahap cipan.huhu. tapi fikir-fikir balik tu mak abah kita, takkan lah dengan dorang pun nak berkeras hati, ego.. dah banyak kali aku buat mak abah sakit hati, kecewa dengan perangai aku yang ego ni..aku cuba buang ego ni..dan nak dengar cakap dorang, nak jadi anak yang solehah, nak bangga kan dorang..kalau boleh hari-hari nak cuddles dengan dorang..haha..macam budak-budak nak bermanja-manja..tak salah kan..bak kata En. Salamian, kalau di manja-manja anak lagi dengar kata...haha..macam kucing kalau kita manja kan..mesti ikut kata..



*Belajar at least 4 jam satu hari di rumah. 2 jam petang, 2 jam malam.


*Bangun sebelum subuh, buat solat tahajud.

*Beriadah, bersenam.

*Tidur awal selewat2nye dalam pukul 11.30.

*Set jam bangun pagi.

*Makan sebelum pergi ke sekolah.

*Betulkan Niat ke sekolah.

*Buat sesuatu kerana Allah swt.

InsyaAllah..


**

Dah akhir-akhir tadi En. salamian die suruh ibu-ibu yang datang pergi kat depan, pastu anak-anak pergi kat ibu..dia pulak cakap pasal ibu yang melahirkan kita, besarkan kita..kalau ibu takde nanti macam mana lah..ramai yang menangis termasuklah aku..huahuahua..sadis doe..mula tak nak nangis..aku tahan je, tapi dah sebak gila..mengalir lah air mata..huu..
pastu dia panggil bapa pulak suruh pergi depan..aku bersyukur sangat sebab mak abah datang..dorang selalu bagi support kat aku..lagi-lagi abah..walaupun dia yang kuat membebel n bagi nasihat..tak pernah-pernah henti bagi aku semangat...terima kasih mak, abah..one day i will make you guys proud..insyaAllah.. Tahu tak bila aku dengar je motivasi ni masalah aku rasa macam dah ringan. buat apa aku fikir pasal orang-orang yang tak penting. aku nak lupakan je masalah tu..selesai macam tu jela..harap takde lagi dugaan yang hampir buat aku putus semangat..

nak cakap aku bajet alim? aku tak cakap pun aku ni baik. Don't judge a book by its cover lah. Sesiapa pun boleh berubah kalau dia sendiri betul-betul nak berubah. Allah tu kan maha pengampun lagi maha penyayang.

No comments:

Post a Comment