Friday, September 9, 2011

TRIAL OH TRIAL.

posing je lebih~

Assalamualaikum...
Selamat hari raya . Maaf zahir & Batin ye kawans~!
Sekejap je masa dah berlalu dalam tahun ni. pejam celik pejam celik dah bulan 9. Bulan ramadhan pun da lepas, raya pun sudah. Tapi cuti seminggu je. Tak cool langsung ! Hari yang dinanti-nanti kan tak lama lagi je. Iaitu SPM..jeng jeng jeng...14 haribulan 11 tak silap aku...huwaaaaa...takut seyh.! Hmm sekarang minggu Trial SPM..yes guys. sekolah aku baru je mula 6/9 haritu. lambat kan? lambat lagi bagus kott. hee. Alhamdulillah kertas BM, BI, AGAMA, and SEJARAHH dah lepas..tak payah dok study sampai lebam. hehe. tapi kene study jugak kan..untuk SPM. Pagi tadi aku ada paper sejarah*menguap sebentar* . Banyak kot aku tak jawab tadi. Dah baca soalan yang sampai nak muntah tu , dah tak tahu nak jawab tidur la ape lagi..Zzz..haha. ramai jugak yang tidur. Tapikan pagi tadi semelum jawab paper sejarah, aku ada baca buku la (baru nak baca) tiba-tiba rasa macam interesting pulak sejarah ni..huahuahua.. im serious oke! tapi bila nak meng hengat tu memang la payahhh doee. Spm ni sejarah lulus pun jadi. korang ada tips tak macam mana nak pandai sejarah? haha. * padahal mak guru sejarah XDD

Hari isnin ni pulak ada paper Math. Kalau boleh aku nak score A . Bukan kalau, tapi aku percaya aku memang boleh. insyaAllah. Mathematics is easy. Tapi kena buat banyak latihan dan tahu formula-formula math ni. Selasa pulak Sains. Lagi lah petik jari. ececehh. Tapi sains sebenarnya small pieces la. Cuma kena faham kan jela. Sains pun aku nak Score A++++
korang doakan aku ye..pretty please with cherry on top ;) Thanks ya~
Lepas je exam sains cutiiiiiii...wohooo. cuti dalam seminggu sebab paper-paper lain yang aku tak amek. Tapi da cuti tu tak boleh nak betul-betul cuti. Ada paper Seni, Perdagangan & Ekonomi lagi yang belum lepas. So kena lah belajar sampai lebam-lebam bijik mata dan juga jari. haha.
Semua tu memang nak score A..InsyaAllah..Pray for me guyss :DD
Oh ya..baju raya korang warna apa? Best tak raya? Banyak dapat duit raya?
hehe. aku punya warna merah terang (gambar ada kat bawah tu). Malas nak upload gambar raya, kat fb dah ada. Raya pun best, meriah, fun fun fun. Ngee. Dah besar(tak besar mana pun) pun aku dapat lagi duit raya tauuu. Untungnye jadi orang kecit nih.hehe..
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN.
siapa yang mengenali diriku @ tidak tapi tau rumah aku kat mana dijemput datang ke rumah ye.
Raya belum habis oke ! Lalalala~


merahh gituu >.<

No comments:

Post a Comment