Tuesday, December 7, 2010

Don't Be Sad



Assalamualaikum sahabat-sahabat ku...
saya mahu berkongsi tentang buku "Don't Be Sad" di terbitkan oled AL-Hidayah..
saya beli 2 buku..Don't be sad2 & yang ke-3...yg 1 punya takde la kat kedai tu..huhu..
takpe la...beli banyak-banyak pun macam la baca kan..:P
beli buku ni da lama da, tapi tak terbaca la..skrg baru la nak baca sampai habis..
so sementara saya baca sikit2, boleh la saye share-share sikit kat korang ape yang ada dalam buku ni...best tau...tapi saya hanya share yang mana saya rasa nak share je lah...
sebab tak kan la nak share seratus lebih..aje le...bleh mati nak taip kat sini..huhu..


Jangan bersedih, kerana dunia terlalu hina untuk ditanggisi.
Ibnu Al- Mubarak, seorang 'ulama' yang sangat masyhur, mengatakan:
"Aku lebih sukai lantunan syair 'Adi bin Zaid drpd istana Raja Thahir
bin Al-Husain.

Syair yang indah dan mempesonakan itu berbunyi demikian:

Wahai orang yang bergembira
di atas penderitaan orang lain
dan selalu memburuk-burukkan masa
apakah kamu orang yang selamat dan terlindungi
atau apakah kamu punya perjanjian kuat
yang menjaminmu dari hari ke hari
Sesungguhnya kau adalah orang bodoh yang tertipu.

Ertinya : Wahai orang yang suka bergembira di atas penderitaa orang lain,
apakah kamu mempunyai satu perjanjian bahawa engkau tidak akan
ditimpa musibah sebagaimana yang telah menimpa orang yang kamu merasa gembira
dengannya? Apakah engkau mempunyai satu jaminan bahawa hari-harimu
akan selamat dari segala bahaya dan bencana? Kalau begitu, mengapa engkau bergembira
di atas penderitaan orang lain, padahal engkau tidak memiliki perjanjian dan jaminan itu?

Dalam sebuah hadith shahih disebutkan :
Seandainya nilai dunia disisi Allah sama nilainya
dengan sayap seekor nyamuk, nescaya Allah tidak akan
memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air pun.

Menurut Allah, dunia lebih tidak berharga dari sayap seekor nyamuk,
inilah hakikat nilainya dan timbangannya di sisi Allah. Lalu mengapa harus
bersedih dan gelisah kerananya?

Kebahagiaan adalah anda merasa aman atas diri, masa depan,
keluarga, dan kehidupan anda sendiri.
Dan semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadap qadha' dan qadarNya
serta diiringi dengan sikap qana'ah dan sabar.

********

*penat menaip..huhu...tapi memang betul dunia ni terlalu hina...
kita hidup di dunia kerana apa? bagi org yang beriman, untuk mendapatkan keredhaan Allah
dan untuk membekalkan amalan kita di dunia untuk hari selepas mati - Akhirat.
tapi bagi orang kafir dunia ni bagaikan syurga pada mereka..lalai dengan kemewahan dunia dan harta di dunia...dunia ni hanya lah sementara...jangan lah terlalu lalai dengan dunia ni wahai manusia..
carilah dunia, kejarlah akhirat...Akhirat itu pasti kekal selamanya...
Semoga Amal dan Iman kita bertambah setiap hari yang akan datang.
Amin.
hehe...bebel plak aku ek...sje..:P
nanti kalo saya rajin saya taip lagi yek..

No comments:

Post a Comment