Sunday, December 12, 2010

Ilmu perlu dicari.


Assalamualaikum.

Kebanyakkan buku yang kat atas tu kan tak penad dibaca tapi ada separuh yang dah baca..tu pun tak habis..baca separuh jek..yang dah habis baca satu je buku, tu pun buku khusyuk dalam solat...saya suka beli buku tapi malas nak baca...membazir kan..tak membazir la tetapi berbaloi-baloi..haha..sebab buku-buku ni banyak bagi nasihat, kesedaran dan ilmu..korang beli la buku-buku ni..so time cuti ni ingat da baca habis kan...haha..berazam je ni..entah ye ke tidak nak membacanya..ye la...baca je sikit dah rasa bosan..bukan buku tu bosan..tuan yang membacanya ni tak menghayati ketika membaca...macam mane nak buat ek? supaya ada minat untuk nak membaca?? seriously..dah la SPM tahun depan...nak baca buku lagi...lagi-lagi buku form4 punya..yang banyak tinggal..adus..menyesal pulak main-main tahun ni...menyesal kemudian tiada guna kan..so nak berazam nak belajar rajin-rajin...taknak main-main dah..dah naik form5 baru la nak menggelabah kan...teruk btol...huhu..doakan saya ye supaya belajar boleh masuk dalam kepala otak ni...dan boleh score nanti...dan doakan saya rajin nak belajar..Amin..huhu...tapi takut jugak kalau belajar tapi tak masuk dalam kepala...macammane nak senang masuk dalam kepala? saya tanya jawab lah!..huhu....gila la..takut tahun depan...Ya Allah...

Ok..sekarang saya nak share sikit Nasihat-nasihat mengenai Ilmu dari buku Panduan Nasihat-Nasihat Rohani untuk Para Remaja.

* Sesungguhnya hikmah (ilmu) itu adalah harta mukmin yang hilang dan di mana sahaja dia menemuinya, maka dialah yang paling berhak memilikinya.

* Ilmu itu dicari, bukan datang dengan sendiri.

* Amal tanpa ilmu itu buta, sedangkan ilmu tanpa amal itu lumpuh, bagaikan pohon yang tidak berbuah.

* Sekarang menjelang petang, masa mudamu telah pergi, sesal kemudian tidak berguna, nasi telah menjadi bubur, sebentar lagi akan menjadi penghuni kubur.

* Menghormati gurumu, sayangi teman. Melawan guru akan menyababkan ilmu yang kamu pelajari manjadi tidak berkat.

* Sesiapa yang mahu masuk syurga, maka tuntutlah ilmu. Sesiapa ingin terhindar dari neraka, maka tuntutlah ilmu. Dan sesiapa ingin kebahagiaan dunia dan akhirat, maka tuntutlah ilmu.

* Sesungguhnya orang yang menuntut ilmu dinaungi para malaikat dengan sayap-sayapnya. Lalu mereka menaikkannya satu sama lain sehingga ke langit dunia kerana cinta mereka kepada ilmu yang dituntutnya.

* Allah mewajibkan menuntut ilmu bagi muslim dan muslimah sebagaimana dia juga telah mewajibkan solat, puasa, zakat dan haji.

* Tuntutlah ilmu selagi seseorang masih muda, sebab daya ingatan orang muda masih segar dan mudah menerima pelajaran.

* Jika seseorang menguasai suatu ilmu, ajarkanlah kepada orang lain, maka ilmu itu akan bertambah luas dan mendalam.

* Carilah ilmu agama untuk beramal di dunia dan sebagai bekalan di akhirat kelak.

* Tuntutlah ilmu sekalipun jauh.

* Lakukan tugas sekolah sesampainya kamu semua di rumah. Jika terasa susah maka bentuklah kumpulan belajar untuk membahaskan dan membincangkannya.

* Bertanyalah kepada gurumu, jika tida faham tentang suatu pelajaran. Jangan malu-malu, sebagaimana kata pepatah, "Malu bertanya sesat jalan."

* Ambil perhatian akan semua nasihat dan peringatan yang disampaikan oleh gurumu kerana semua itu demi kebaikan sendiri.

* Berbincang bersama kawan mengenai suatu mata pelajaran akan semakin menambahkan pemahaman.

* Di antara keutamaan manusia adalah dilantik sebagai khalifah, diberi akal, ilmu serta wahyu, semua ini tidak diberikan kepada makhluk lain.

* Sesungguhnya Allah meninggikan beberapa darjat orang yang berilmu di kalangan kamu semua.

* Ketika seseorang berfikir, maka Allah memberikan ilham padanya. Oleh itu sentiasa sediakan alat tulis untuk mencatat ilham/idea tersebut. Sebabnya seringkali ianya tidak berulang melintasi fikiran kita lagi.

* Sesungguhnya orang yang paling takut di kalangan hamba Allah adalah orang yang berilmu (ulama).

* Akan dipalingkan jauh-jauh dari ayat-ayat Allah, seseorang yang menyombongkan dirinya tanpa haknya, termasuk orang yang sombong dengan ilmu yang dimilikinya.

Semoga Nasihat-nasihat ini boleh diambil iktibar dan peringatan untuk kita semua. Amin.

Thanks for reading ;)


No comments:

Post a Comment